• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PSTNT Sertai Liga Super Sepak Takraw Thailand

oleh Ahmad Albab
18/08/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) buat julung kalinya mengambil bahagian dalam kejohanan Liga Super Thailand di Bangkok, bermula 29 Julai hingga 5 Disember ini.

Presiden PSTNT Mohd Shapian Ali berkata persatuan menyenaraikan 12 pemain di bawah umur 21 tahun untuk membawa cabaran Terengganu di kejohanan itu.

“Skuad itu sudahpun bertolak ke Bangkok minggu lepas dan mereka akan bergabung dengan kelab Nakhon Patom untuk liga itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Shapian berkata pasukan gabungan tersebut dikendalikan bekas jurulatih Malaysia, Prawet Intra dan dibantu jurulatih Terengganu yang berasal dari Thailand, Vitaya Boonthal.

Beliau berkata tujuan Terengganu menyertai liga itu ialah untuk memberikan pendedahan kepada pemain muda kepada kejohanan luar negara.

Selain itu, ia juga bagi meningkatkan mutu permainan sepak takraw di negeri ini khususnya dan Malaysia amnya agar setanding dengan Thailand.

Beliau berkata pada masa sama, pemain Terengganu itu juga akan mengambil bahagian dalam kejohanan lain di Bangkok bagi meningkatkan kemahiran mereka.

Mohd Shapian juga berkata bekas pemain kebangsaan, Futra Abd Ghani telah dilantik sebagai pemantau pasukan itu.

Beliau berkata setelah seminggu menjalani latihan intensif di kelab Nakhon Patom, prestasi dan mental pemain Terengganu telah menunjukkan peningkatan. – BERNAMA

Tags: Sepak Takraw
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Gaduh Di Low Yat: Akibat Pukul, 3 Peniaga Didenda RM1,800

Next Post

Warga Emas Dikhuatiri Lemas Selepas Keluar Memancing

Related Posts

Libasan STL Kembali Lagi

07/01/2022
0

PETALING JAYA : Kehadiran pemain import, kejohanan yang bakal ‘dibawa’ ke lima buah negara dan hadiah kemena­ngan yang ditingkatkan menjadikan...

Tonggak Sukma Ganti Import Johor Tigris

02/01/2022
0

PETALING JAYA : Johor Tigris tidak panik dengan penarikan diri pemain import dari Thailand, Swatbanchan Seekhwa seminggu menjelang Emas Anuar...

Next Post

Warga Emas Dikhuatiri Lemas Selepas Keluar Memancing

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd