• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas Sindiket Dadah Guna Khidmat Kepakaran Iran

oleh Ahmad Albab
23/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis membongkar sebuah makmal dadah dan melumpuhkan satu sindiket tempatan yang menggunakan khidmat kepakaran warga Iran dalam serbuan di tiga lokasi di Pulau Pinang.

Dalam serbuan itu, polis turut menahan empat lelaki termasuk dua warga Iran dan seorang wanita, berumur antara 24 dan 58 tahun, serta merampas 324kilogram cecair dadah jenis syabu bernilai RM20 juta serta peralatan dan bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata operasi 10.20 malam Khamis lepas (20 Ogos) dan 12.20 pagi pada Jumaat itu adalah hasil risikan dan intipan JSJN Bukit Aman dengan kerjasama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

“Pasukan itu menyerbu tiga lokasi di Pulau Pinang, iaitu sebuah rumah kedai di Bukit Mertajam dan diikuti di bahagian pulau iaitu di Jelutong dan George Town.

“Dalam serbuan di Bukit Mertajam, polis menahan tiga lelaki termasuk dua warga Iran berusia 29 dan 27 tahun manakala seorang lagi lelaki ditahan di Jelutong dan wanita berusia 52 tahun ditahan di George Town,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kesemua suspek ditahan reman sehingga 27 Ogos.

Mohd Mokhtar berkata dua warga Iran berkenaan dipercayai sebagai ‘roaming chemist’, yang bergerak dari satu tempat ke tempat lain, dan yang dibawa masuk dan diupah sindiket atas kepakaran mereka membuat dadah sintetik.

“Mereka masuk dengan menggunakan pasport yang sah dan kita akan minta pihak Imigresen untuk mengesahkannya,” katanya.

Polis turut menyita dua buah kereta, sebuah motosikal, wang tunai dan pelbagai barangan kemas bernilai RM69,400, katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket yang beroperasi sejak beberapa bulan lepas memproses dadah untuk pasaran tempatan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Mokhtar berkata sjak Januari hingga 20 Ogos lepas JSJN menjalankan 119,738 tangkapan dadah termasuk 4,537 orang warga asing.

Beliau berkata sepanjang tempoh itu, polis merampas pelbagai jenis dadah sintetik dan tradisional bernilai RM191 juta.

Dalam tempoh itu, polis turut menyita harta bernilai RM44 juta dan harta yang dilucutkan bernilai RM4.5 juta, katanya.

“Tindakan ini jelas mempamerkan komitmen dan kesungguhan pihak polis bagi membendung masalah dadah negara kepada pengetahuan masyarakat.

“Oleh itu, JSJN mengucapkan terima kasih kepada pihak wartawan atas kerjasama jitu yang secara tidak langsung memberi keyakinan kepada orang ramai untuk turut sama memberi sokongan kepada polis bagi memerangi musuh utama negara ini secara lebih berkesan lagi,” katanya. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=ZT9B_nCspJQ

Tags: kes dadahpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kajian Mengenai E-Rokok Dijangka Siap Tahun Depan

Next Post

Polis Marin Tumpaskan Kegiatan Korek Pasir Haram

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post

Polis Marin Tumpaskan Kegiatan Korek Pasir Haram

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd