• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis T’ganu Rakam Percakapan 5 Individu Kes Tembak Pesara Guru

oleh Ahmad Albab
15/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu telah merakamkan percakapan lima individu bagi membantu siasatan kes pesara guru yang maut ditembak dari jarak jauh di kawasan rumahnya di Kampung Padang Midin di sini pada Ahad lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata kesemua mereka yang berumur antara 30 hingga 50 tahun terdiri daripada anggota keluarga dan jiran mangsa telah memberi keterangan kepada pihak polis pada Selasa.

Katanya sehingga kini tiada tangkapan dilakukan dan polis sedang mengenal pasti motif utama kejadian tembakan ini.

“Kita masih belum mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian ini namun kita telah menubuhkan satu pasukan bagi menjalankan siasatan terperinci dan mencari petunjuk kes ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program kepolisan masyarakat di Masjid Bukit Kandis di sini hari ini.

Mangsa yang bersara sebagai guru Mei tahun ini membuat kerja sambilan sebagai kontraktor binaan.

Rosli berkata polis turut mengambil dua telefon bimbit milik mangsa bagi membantu siasatan dan mencari petunjuk berhubung kejadian itu menerusi panggilan terakhir yang dibuat dan diterima serta rekod yang lain.

Beliau berkata peluru dalam kes itu telah dihantar ke makmal Jabatan Kimia untuk ujian balistik dan perlu tempoh dua minggu untuk ketahui hasil ujian itu. – BERNAMA

 

Tags: Gurukes tembak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Abdul Rahman Umum Langkah Selesai Masalah Air Kota Belud

Next Post

Ibu Bapa ‘Sabrina Kekasih Lama’ Malu, Buat Laporan Polis

Related Posts

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

28/05/2025
0

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang guru...

Guru Tidak Perlu Cetak e-RPH Setiap Minggu – KPM

Guru Tidak Perlu Cetak e-RPH Setiap Minggu – KPM

01/05/2025
0

Putrajaya: Kementerian Pendidikan (KPM) menarik semula arahan yang dikeluarkan sebelum ini berhubung keperluan guru mencetak Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Secara...

Next Post

Ibu Bapa 'Sabrina Kekasih Lama' Malu, Buat Laporan Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd