• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 7 Lelaki Di Perak Miliki Senjata Api Tanpa Lesen

oleh Ahmad Albab
12/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menahan tujuh lelaki kerana memiliki senjata api tanpa lesen dalam beberapa serbuan sekitar daerah Taiping dan Kerian sejak Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Goh Kok Liang berkata dalam serbuan pertama pada Ahad lepas, seorang suspek berusia 52 tahun ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah ibu pejabat Polis Daerah Kerian di sebuah bengkel yang dipercayai digunakan untuk membuat senjata api sendiri di Kampung Tua, Simpang Empat, Semanggol dekat Taiping.

Beliau berkata hasil maklumat orang awam, suspek yang hanya bekerja kampung ditahan di bengkel yang terletak di belakang rumahnya.

“Polis turut merampas dua laras senapang serta peralatan untuk membuat senapang patah dan hasil siasatan mendapati suspek membuat senjata api itu sejak tahun lepas,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Perak Rabu.

Katanya, hasil siasatan lanjut, polis melakukan enam serbuan dan menahan enam lelaki yang merupakan pembeli senapang berkenaan.

“Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 44 hingga 63 tahun serta hanya bekerja di kampung dan seorang daripadanya merupakan ketua kampung, mereka juga tidak memiliki lesen senjata api,” katanya.

Goh berkata hasil serbuan yang dilakukan, polis merampas tiga laras senapang patah buatan sendiri, dua laras senapang angin, satu laras senapang patah jenis Baretta, 125 butir peluru jenis 12 Bore dan tujuh butir peluru pelbagai jenama dan saiz.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Goh berkata difahamkan setiap senapang patah itu dijual pada harga RM1,300 dan tujuan suspek memilikinya adalah untuk memburu binatang serta menjaga tanaman daripada gangguan binatang buas.

“Memiliki senjata api tanpa lesen adalah satu kesalahan yang serius kerana ia boleh disalah guna. Ini bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Setiap individu yang ingin memiliki senjata api perlu mendapatkan lesen sah mengikut undang-undang yang ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Jenayahsenjata api
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kajian Buktikan Wanita Suka Lelaki Gempal Berbanding Sado

Next Post

SKMM Perlu Ambil Tindakan Tegas Pihak Sebar Gambar, Maklumat Palsu

Related Posts

Dua Lelaki Warga Taiwan Didakwa Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

Dua Lelaki Warga Taiwan Didakwa Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

10/02/2025
0

Kuala Lumpur : Dua lelaki warga Taiwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan...

TERKINI: Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Mahu Rampas Senjata Api – KPN

TERKINI: Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Mahu Rampas Senjata Api – KPN

17/05/2024
0

JOHOR BAHRU : Suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi tadi membuat persediaan dengan memakai pelindung...

Next Post

SKMM Perlu Ambil Tindakan Tegas Pihak Sebar Gambar, Maklumat Palsu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd