• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PNB Umum Dividen 6.40 Sen Bagi ASW 2020

oleh Ahmad Albab
27/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan dividen 6.40 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos, 2015.

Dividen berkenaan merupakan penurunan 0.20 sen seunit berbanding 6.60 sen yang diumumkan tahun lepas.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata kadar agihan pendapatan itu wajar berdasarkan kelembapan pasaran dan juga kompetitif berbanding instrumen pasaran lain yang mempunyai ciri-ciri dan profil risiko yang sama.

Beliau berkata berkata agihan pendapatan tahun ini melibatkan pembayaran sebanyak RM1.14 bilion, berdasarkan purata ekuiti minimum yang dipegang bagi tahun kewangan ASW 2020.

“Pembayaran berkenaan dijangka melibatkan 883,422 pemegang unit yang melanggan 17 bilion unit ASW,” kata beliau pada sidang media mengumumkan dividen berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata agihan pendapatan akan dikreditkan secara automatik ke akaun pemegang unit pada 1 Sept.

Bagi pelabur ASW 2020 menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pendapatan akan dikreditkan terus ke dalam akaun KWSP melalui Skim Pelaburan Ahli.

“Sehingga 25 Ogos 2015, ASW 2020 mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM1.39 bilion. Keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM709.04 juta atau 51 peratus daripada pendapatan kasar.

“Pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburan menyumbang RM477.06 juta atau 34.3 peratus dan baki RM203.74 juta atau 14.7 peratus adalah daripada instrumen jangka pendek dan pendapatan lain,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

“Prestasi ASW 2020 banyak dipengaruhi oleh prestasi pasaran saham domestik dan global yang agak mencabar sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, kita membayar 6.4 sen seunit, tetapi pada dasarnya, agihan maksimum yang kita boleh agihkan sebenarnya ialah 8.5 sen seunit.

“Tetapi kerana kita ingin melihat portfolio yang kita uruskan ini akan seperti biasa meneruskan prestasi yang baik dari semasa ke semasa, sebab itulah kita membayar 6.4 sen seunit,” kata Hamad Kama Piah.

Beliau berkata disebabkan pasaran yang tidak menentu dalam persekitaran ekonomi yang mencabar, senario ini memberikan peluang dana itu untuk mengumpul pelaburan.

“Apabila pasaran rendah, kita perlu secara agresif melihat pelaburan yang dapat memberikan hasil yang lebih baik pada masa akan datang dan terdapat beberapa saham yang baik untuk pelaburan sekarang,” katanya tanpa mendedahkan butiran mengenai pemilihan saham. – BERNAMA

Tags: PNB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Huru-Hara Dijangka Wujud Di Perhimpunan Haram Bersih 4

Next Post

Pemandu Lori Didenda RM1,200 Kerana Cederakan Ibu Teman Wanita

Related Posts

PNB Umum Dividen ASB 5.00 Sen Seunit

23/12/2021
0

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 5.00 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan...

Merdeka 118 Cecah Paras Tertinggi Pada Tingkat 118

08/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Subsidiari milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), PNB Merdeka Ventures meraih satu peristiwa penting selepas menara ikoniknya...

Next Post

Pemandu Lori Didenda RM1,200 Kerana Cederakan Ibu Teman Wanita

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd