• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peserta PABM Tertawan Dengan Pertunjukan Seni Silat Melayu

oleh AK-47
18/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH seminggu berhadapan dengan minggu ‘perah otak’ bagi mencari idea untuk teks pidato yang ingin disampaikan, Ahad lalu peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM 2015) diberi peluang merasai sendiri budaya perkahwinan masyarakat Melayu yang pastinya berbeza dengan budaya di negara mereka.

Mereka dibawa mengembara ke kawasan yang penuh dengan ciri-ciri kemelayuan dan desa di Homestay Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka selama empat hari tiga malam.

Keunikan budaya perkahwinan masyarakat Melayu yang terdiri daripada acara perarakan kedua mempelai dengan iringan kompang dan bunga manggar ternyata menarik perhatian peserta PABM yang berasal dari Azerbaijan, Elsevar Mammadli, 19.

Menurut Elsevar atau Ell yang juga diberi peluang menjadi ‘Raja Sehari’ pada demostrasi tersebut, dia sangat teruja dengan pengalaman yang disifatkannya sebagai satu dalam sejuta memori yang tidak akan dapat dilupakannya.

“Sememangnya sangat menyeronokan. Satu pengalaman yang tidak saya dapat perolehi luar daripada Malaysia. Merasai sendiri pengalaman yang perlu dilalui oleh semua pengantin yang diarak, ianya memang sangat mengujakan,” katanya yang digandingkan dengan pasangan olok-olok, Mariam Coulibaly dari Mali yang turut mengenakan tudung dalam pertunjukan itu.

PESERTA
Peserta Azerbaijan, Elsevar Mammadli bergaya dengan persalinan songket bersama ‘pasangannya’ dari Mali, Mariam Coulibaly.

Selesai dengan upacara perarakan itu, pasangan pengantin dan hadirin antarabangsa yang lain dibawa menonton pertunjukan seni silat Melayu yang sinonim sebagai hiburan untuk mempelai sebelum duduk bersanding di pelaminan.

Pengantin yang segak dan menawan menggayakan persalinan songket berwarna merah jambu terhibur melihat seni mempertahankan diri yang berlainan sama sekali dengan martial arts yang lain antaranya taekwando, judo dan karate yang lebih mendapat perhatian daripada masyarakat dunia sebelum ini.

Dalam pertunjukan itu, peserta kelihatan kagum dengan kecekapan para pesilat yang mampu berlawan dengan menggunakan alat senjata tajam yang pastinya boleh mendatangkan kecederaan sekiranya tidak mendapat tunjuk ajar daripada golongan yang mahir dan profesional.

Malah, pengerusi majlis turut berpesan kepada mereka agar tidak sama sekali mempratikkan aksi yang dipertontonkan sebentar tadi kepada rakan-rakan yang lain.

https://www.youtube.com/watch?v=7gkJs_fjrvI

Pertunjukan silat selama 15 minit itu mendapat tepukan gemuruh daripada semua penonton yang rata-rata pertama kali menyaksikan martial arts yang penuh dengan tradisi yang tidak lapuk dek zaman.

Menurut peserta Belgium, Egide Van Der Heide, 24, yang sudah dua kali menyertai PABM, walaupun pernah melihat pertunjukan sama tahun lalu, namun perasaan teruja tidak pernah pudar dalam dirinya setiap kali dipertontonkan dengan warisan Melayu itu.

PABM2
Peserta Belgium, Egide Van Der Heide yang sudah dua kali menyertai PABM.

“Walaupun sudah dua kali saya menonton pertunjukkan silat, perasaan teruja itu sudah cukup menggambarkan perasaan yang suka melihat kebudayaan masyarakat Melayu yang tidak hilang ditelan zaman. Mereka sangat menghargai budaya turun-temurun. Itu yang saya suka mengenai masyarakat Melayu,” katanya.

Peserta-peserta itu turut diberi peluang menepung tawar mempelai dengan menabur beras dan wangian.

DSC_1921

DSC_1985

Selesai majlis perkahwinan, mereka dihidangkan pula dengan persembahan live band popular dari kumpulan Sri Mahligai yang sememangnya sangat masyhur dalam kalangan penduduk di Melaka.

Sri Mahligai mendendangkan lagu-lagu popular yang sering mendapat permintaan tinggi dalam majlis perkahwinan antaranya Selamat Pengantin Baru, Joget Pahang dan Joget Golek-Golek.

Sebaik itu, kesemua peserta cukup selamba dan bersahaja terus bangun dan memenuhkan ruang tengah dewan dengan mempamerkan bakat tarian mereka mengikut irama dendangan lagu yang dimainkan.

Ternyata orang luar sangat menghargai budaya perkahwinan Melayu yang cukup unik bak kata mereka, namun kita masih lagi mendengar sebahagian daripada orang Melayu yang sama sekali tidak begitu menggemari budaya perkahwinan sendiri kerana beranggapan ianya tidak mengikut peredaran zaman yang semakin moden.

Jika bukan kita untuk mengekalkannya, siapa lagi kan? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR
Foto/Video: RIZA RAZAK

Tags: pabmPABM2015
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Naib Presiden Eksekutif Maybank Calon PAP PRU Singapura

Next Post

Anggota ASEAN Digesa Tingkatkan Budaya Bersukan

Related Posts

PABM: Peserta Jepun Juarai Kategori Antarabangsa

27/07/2017
0

PUTRAJAYA - Peserta Jepun, Lisa Shimazaki menepati ramalan memenangi kategori Antarabangsa pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM)...

PABM Angkat Bahasa Melayu Bertaraf Dunia – PM

27/07/2017
0

PUTRAJAYA - Hasrat negara untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa semakin menjadi kenyataan apabila setiap tahun Pertandingan Pidato Antarabangsa...

Next Post

Anggota ASEAN Digesa Tingkatkan Budaya Bersukan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd