• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perangkap Untuk Ahli Parlimen BN?

oleh Ahmad Albab
25/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembangkang yang kelihatan sangat terdesak selepas segala usaha untuk melumpuhkan kerajaan tidak berhasil kini cuba pula memperbodohkan segelintir Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi mencapai cita-cita jahat mereka.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu kenyataan hari ini memujuk Ahli Parlimen BN supaya menyertai undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya untuk menyelamatkan Malaysia yang sedang musnah dan terancam.

`Gula-gula’ yang mereka tawarkan kepada Ahli Parlimen BN adalah sebuah kerajaan peralihan berdasarkan perkongsian kuasa antara pembangkang dan BN akan dibentuk segera selepas Najib digulingkan.

“Kami akan bekerjasama dengan semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti untuk menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri atas empat syarat luas iaitu segera membentuk kerajaan peralihan berdasarkan perkongsian kuasa antara pembangkang dan BN.

“Syarat kedua kerajaan peralihan akan memulakan pembaharuan segera bagi memastikan pilihan raya yang bebas dan adil, media yang bebas, memperkukuh sistem demokrasi berparlimen serta membentuk satu jawatankuasa ekonomi kecemasan.

“Syarat ketiga kerajaan peralihan hendaklah juga dengan segera menubuhkan suruhanjaya diraja yang bebas untuk membuat cadangan bagi memastikan bahawa Perjanjian Malaysia 1963 harus dihormati dan dilaksanakan sepenuhnya.

“Syarat ke empat kerajaan peralihan akan memanggil pilihan raya umum dalam dua tahun selepas pembentukan kerajaan peralihan untuk menamatkan kerajaan peralihan tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Tawaran PKR ke atas Ahli Parlimen BN itu bagaimanapun dilihat ramai pihak sebagai usaha terdesak pembangkang terutama parti sekutunya, DAP untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan walaupun dengan cuma berkongsi kuasa supaya agenda mereka ke atas negara ini dapat dilaksanakan.

Tawaran secara terdesak itu juga dipercayai berikutan ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat berharap pemimpin PKR itu yang dipenjarakan kerana meliwat seorang pembantu peribadinya dibebaskan daripada Penjara Sungai Buloh. – mynewshub.cc

 

Tags: BNpembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hukuman Mati Ke Atas Pemandu Mabuk Kemalangan Maut, Anggap Niat Membunuh

Hukuman Mati Ke Atas Pemandu Mabuk Kemalangan Maut, Anggap Niat Membunuh

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang mendesak kerajaan mengambil langkah lebih tegas dengan mengkaji pelaksanaan hukuman mati terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan...

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd