• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Perak Cedera Dibaling Objek Besi

oleh Ahmad Albab
20/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang penyokong Perak cedera di bahagian kepala apabila bas yang membawa penyokong pasukan bola sepak itu dibaling dengan objek besi di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan Machap, Johor.

Mohamad Aiman Shafiq Norha, 18, menerima 15 jahitan di dahi kanan selepas terkena objek besi sepanjang 0.5 meter seberat kira-kira dua kilogram yang dibaling dari sebuah kereta.

Beliau kini dirawat di Hospital Melaka dan sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Wakil penyokong, Arfaeez Abd Rahman, 25, berkata tiga bas yang membawa 118 penyokong pasukan Perak berlepas dari Stadium Larkin, Johor untuk pulang ke Ipoh pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam turut mengalami kerosakan akibat perbuatan itu.

Beliau berkata dalam perjalanan itu, bas telah dibaling dengan objek seperti batu dan kayu daripada kumpulan individu yang menaiki kereta serta motosikal yang seolah-olah menanti di setiap persimpangan lebuh raya.

“Sebaik tiba di persimpangan Machap, satu daripada besi yang dibaling itu terkena cermin hadapan bas dan masuk ke dalam bas sehingga terkena seorang penyokong menyebabkan rakan kami yang sedang tidur mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Kami kemudian terpaksa meminta bantuan anggota polis untuk mengiringi kami sebelum memberhentikan bas di tepi lebuh raya bagi membolehkan ambulans membawa mangsa ke hospital,” katanya pada sidang media di Stadium Perak di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata pihaknya berasa dukacita dengan insiden itu dan akan mengemukakan aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau berkata FAM perlu menyelesaikan masalah itu yang sudah lama berlaku bagi mengelak kejadian tidak diingini berulang.

Pengusaha bas Rhino Airiel, Mohd Rashidi Abd Rahim berkata syarikatnya menanggung kerugian mencecah puluhan ribu ekoran tindakan penyokong yang sering melakukan kerosakan terhadap bas apabila tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan.

“Ini menyebabkan kita rugi besar dan saya harap pihak FAM mampu menyelesaikan masalah ini kerana kita cuma mahu membantu membawa penyokong ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola secara langsung,” katanya. – BERNAMA

Tindakan Liar Penyokong Perak Terhadap Penyokong Johor DT 15 April 2014

Tags: bola sepakcedera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Anggota tentera yang cedera ketika latihan persembahan payung terjun di Melaka mengalami retakan hals pada tulang leher dan...

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd