• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penubuhan JKNMPP Bukti Ketelusan PM – Idris Haron

oleh Ahmad Albab
15/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Penubuhan jawatankuasa khas mengenai pembiayaan politik membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telus dalam menangani isu berhubung pembiayaan politik.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Idris Haron berkata langkah presiden UMNO itu membolehkan rakyat mengetahui jumlah pembiayaan yang diperoleh parti-parti politik di negara ini.

“Ia adalah langkah yang baik dan setakat ini hanya Datuk Seri Najib yang menunjukkan ketelusan dengan apa yang kita terima bagi pihak rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Tanjong di sini hari ini.

Semalam, Najib mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang bertanggungjawab merangka pelan pembiayaan politik berintergriti yang komprehensif dan inklusif.

Idris yang juga Ketua Menteri Melaka berkata sekiranya parti-parti pembangkang profesional dan benar-benar mengamalkan ketelusan, mereka perlu menyokong langkah itu.

Terdahulu, berucap merasmikan persidangan itu, Idris berkata anggota UMNO perlu sekata dalam semangat kerja berpasukan dalam menghadapi serangan media sosial yang mendakwa parti itu kini menghadapi krisis kepimpinan paling buruk dalam sejarah.

Beliau berkata apa yang sebenarnya berlaku sekarang ini adalah pertembungan antara persepsi dan realiti, bukannya krisis kepimpinan seperti yang digembar gembur media sosial.

“Semua pemimpin UMNO terdahulu berhadapan dengan krisis kepimpinan dan sebagai ahli UMNO, sekaranglah masanya presiden perlukan sokongan kita,” katanya.

Idris berkata realitinya UMNO kini berada di landasan yang betul dan masih relevan dalam memperjuang dan mengekalkan kestabilan dan kemakmuran negara. – BERNAMA

 

Tags: Idris HaronNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dah Lebih Ni… Akhbar Cina Hina Islam, Langgar Syarat KDN

Next Post

SPRM Sambut Baik Pengumuman Najib

Related Posts

Melaka Mengundi: Idris Haron Kecundang Di DUN Asahan (Tidak Rasmi)

20/11/2021
0

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron kecundang di Dewan Undangan Negeri...

Royalti Pasir Melaka: SPRM Rakam Percakapan Idris Haron

08/10/2021
0

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah merakam percakapan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengenai dakwaan...

Next Post

SPRM Sambut Baik Pengumuman Najib

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd