• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendapatan Pelaburan KWSP RM11.41 Bilion

oleh Ahmad Albab
28/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat kepada RM11.41 bilion bagi suku tahun kedua 2015 yang berakhir pada 30 Jun lalu.

KWSP dalam satu kenyataan media memberitahu, pendapatan pelaburan itu meningkat 9.73 peratus berbanding RM10.40 bilion suku tahun kedua pada tahun lalu.

“Secara kumulatif, bagi setengah tahun pertama 2015, KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM22.04 bilion, meningkat 14.60 peratus berbanding RM19.23 bilion yang dicatat pada tempoh yang sama pada 2014.

“Setakat suku tahun kedua 2015, jumlah aset pelaburan KWSP berjumlah RM667.21 bilion, meningkat sebanyak RM30.68 bilion untuk tempoh enam bulan pertama 2015,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut KWSP, bagi tempoh sama, ekuiti mewakili 43 peratus daripada jumlah aset Pelaburan KWSP kekal sebagai penyumbang utama pendapatan pelaburan dengan pendapatan sebanyak RM6.97 bilion.

“Ini merupakan 6.90 peratus lebih tinggi berbanding RM6.52 bilion yang dicatatkan pada suku tahun yang sama 2014,” kata KWSP.

KWSP memaklumkan, pelaburan pendapatan tetap yang mewakili 51 peratus daripada saiz aset pelaburan KWSP pula terus menjana pendapatan yang konsisten walaupun berhadapan persekitaran kadar faedah yang rendah dan pasaran modal yang tidak menentu.

Manakala, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Bon Sama Taraf mencatatkan pendapatan sebanyak RM1.79 bilion pada suku tahun kedua 2015 meningkat 3.98 peratus atau RM68.44 juta berbanding RM1.72 bilion pada suku tahun yang sama 2014.

“Hartanah dan Infrastruktur mewakili tiga peratus daripada jumlah keseluruhan aset pelaburan KWSP setakat Jun 2015. Pendapatan yang dicatatkan sepanjang suku tahun yang dikaji adalah sebanyak RM444.46 juta lebih tinggi berbanding RM184.12 juta pada suku yang sama 2014,” kata KWSP. – mynewshub.cc

 

Tags: KWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sekali lagi menggesa dividen Kumpulan Wang Simpanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd