• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelakarnya… Pembangkang Sedia ‘Rampas’ Kerajaan

oleh Ahmad Albab
30/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Di sebalik kononnya mahu sistem pilihan raya yang telus, pembangkang ‘senyap’ apabila mereka berjaya menawan Pulau Pinang dan Selangor selain kekal di Kelantan lebih dua dekad lalu.

Namun parti-parti anti-Barisan Nasional (BN) itu malu besar apabila gagal menguasai kerajaan Persekutuan di sebalik kemewahan jentera kerja dan kecanggihan propaganda kempen mereka pada pilihan raya umum.

Justeru, bagi menebus aib itu, pembangkang telah bersiap-sedia menggunakan cara tidak demokratik termasuk mengadakan perbincangan dengan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Tujuannya hanyalah bagi mengambil alih pentadbiran negara selain cuba melumpuhkan kerajaan Malaysia pada 29 dan 30 Ogos ini melalui demonstasi jalanan haram Bersih 4.

Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam satu kenyataan bersama berkata, perkara itu diputuskan secara bersama oleh parti terbabit dalam satu mesyuarat di Parlimen pada 26 Ogos lalu.

“Ahli-ahli Parlimen DAP, PKR dan GHB mengadakan mesyuarat dan memutuskan bersedia berbincang mengenai cadangan-cadangan dari Ahli-ahli Parlimen BN untuk membentuk suatu majoriti baru untuk menggantikan kerajaan dengan pembaharuan politik sebagai agenda utama kerajaan baharu.

“Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua tahanan politik yang lain harus menjadi tugas pertama majoriti baru ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Lim Kit Siang, Loke Siew Fook, Teresa Kok, Liew Chin Tong, Teo Kok Seong daripada DAP; Rafizi Ramli, Johari Abdul, Wong Chen, Sim Tze Tzin dan S.Manikavasagam (PKR) dan Kamaruddin Jaafar, Dr. Hatta Ramli serta Khalid Samad (GHB).

Perhimpunan Bersih yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini dilihat ramai pihak sebagai usaha terdesak pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kebebasakan hak asasi secara melampau untuk melumpuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran.

Bersih 4 juga dipercayai memperjuangkan agenda ahli keluarga Anwar untuk membebaskan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada penjara. – mynewshub.cc

 

 

Tags: Kerajaanpembangkang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembantu Pejabat Didenda, Rakam Pelajar Wanita Mandi

Next Post

Lawak Bodoh! Anwar Isytihar 30 Ogos Hari Terakhir Kerajaan BN!

Related Posts

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

04/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut...

Next Post

Lawak Bodoh! Anwar Isytihar 30 Ogos Hari Terakhir Kerajaan BN!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd