• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Kelantan Sedang Kenal Pasti Anggota Parti Terlibat GHB

oleh Ahmad Albab
01/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS Kelantan sedang mengenal pasti anggotanya yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baharu (GHB) yang didakwa bakal ditubuhkan pada September depan oleh sebilangan pemimpin kanan parti itu yang tewas dalam pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-61 baru-baru ini.

Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya mempunyai ‘mata dan telinga’ di setiap cawangan yang akan memberi laporan kepada PAS negeri sebelum aduan rasmi dikemukakan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat untuk tindakan lanjut.

“Kami sedang memerhati (anggota nak sertai GHB). Kalau ikut perlembagaan parti, negeri atau dewan-dewan boleh melapor kepada PAS pusat apabila ada anggotanya telah melakukan sesuatu perlanggaran akhlak dengan parti dan Jawatankuasa Tatatertib akan buat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri PAS cawangan Kedai Mulong di sini, malam tadi.

Pada majlis berkenaan, kira-kira 100 anggota PAS cawangan yang diketuai Ketua PAS cawangan Kedai Mulong, Mohamad Abdullah turut melafazkan ikrar taat setia untuk terus bersama-sama dan mengukuhkan perjuangan parti.

Khamis lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipetik sebagai berkata PAS akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemimpin dan anggota parti itu yang menghadiri siri jelajah anjuran Gerakan Harapan Baharu (GHB).

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata PAS Kelantan telah memanggil seorang Yang Dipertua PAS kawasan yang didakwa terlibat dengan gerakan tersebut pada bulan lepas.

“Kami dah panggil dan beri nasihat (kepada Yang Dipertua PAS kawasan yang terlibat) sebagai seorang sahabat perjuangan lama. (Bagaimanapun jika) kami mempunyai cukup maklumat kami akan lapor kepada PAS Pusat (untuk tindakan lanjut).

Menteri Besar Kelantan itu turut menasihatkan anggotanya untuk tidak berpaling tadah kerana tiada sebarang perubahan dasar dibuat, manakala pucuk pimpinan tertinggi juga tidak melakukan sebarang jenayah ataupun penyelewengan. – BERNAMA

Tags: Ahmad Yakob
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MH370: Waris Masih Tunggu Kenyataan Rasmi Pihak Berkuasa

Next Post

Puteri Yakin Isu Muhyiddin Tak Jejaskan Perpaduan UMNO

Related Posts

Hormati Jalur Gemilang, Lambang Kedaulatan Negara

10/08/2017
0

PASIR PUTEH - Jalur Gemilang perlu dihormati dan dikibarkan kerana ia merupakan simbol dan lambang kedaulatan Malaysia yang tercinta, kata...

MB Kelantan Dahului Penerima Darjah Kebesaran Kelantan

12/11/2016
0

KOTA BHARU Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengetuai senarai penerima gelaran kebesaran, darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan...

Next Post

Puteri Yakin Isu Muhyiddin Tak Jejaskan Perpaduan UMNO

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd