• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Obses Kurus Punca Hazami Hidap Pendarahan Usus

oleh AK-47
18/08/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERITA penyanyi dan penulis lagu, Hazami dimasukkan ke Unit Kawalan Rapi (ICU) akibat menghidap penyakit pendarahan usus benar-benar mengejutkan industri seni.

BACA: Sapelah Yang Sebarkan Hazami Dah Meninggal Dunia?

Bagaimanapun setelah beberapa hari menerima rawatan di Pusat Perubatan Tropicana, Damansara, Hazami akhirnya dibenarkan pulang pada Rabu lalu.

Bercerita kepada media mengenai penyakitnya, Hazami mendedahkan punca dirinya menderita penyakit pendarahan usus disebabkan sikap obsesnya mahu menurunkan berat badan.

Menurutnya, sikap obsesnya itu bermula kira-kira 10 tahun yang lalu apabila dia merasakan imejnya kurang menarik ketika muncul dalam program televisyen.

“Saya pernah dahulu mempunyai berat badan sebanyak 78 kilogram ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan.

“Tetapi demi mahu melihat imej yang segak di televisyen, saya mengamalkan diet yang tidak sihat di mana saya hanya makan sekali sehari sahaja.

“Target saya tercapai. Saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram pada tahun 2009. Dan saya mengamalkan diet tersebut sehinggalah sebelum dimasukkan ke hospital,” katanya.

Penyanyi yang pernah terkenal menerusi lagu alih bahasa siri drama popular Korea Selatan, Sonata Musim Salju itu berkata demikian ketika ditemui pemberita di kediaman ibunya di Gombak.

Hazami 2

Pada masa yang sama, Hazami akui ketagihannya terhadap kopi pekat juga menjadi sebahagian punca menghidap penyakit itu.

Oleh itu, sejak pulang dari hospital, Hazami mula mengubah cara pemakanannya dan mengambil pemakanan yang lebih sihat.

Hazami turut menerima kunjungan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez yang memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepadanya.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: mStar Online

Tags: Hazami
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hazami Risau Duet Dengan Aishah

02/07/2018
0

TIDAK hanya menghasilkan lagu terbaru Aishah, Malar, kerjasama antara Hazami dengan juara Gegar Vaganza musim keempat itu berlanjutan apabila mereka...

Rozita Che Wan Bakal Jadi Penyanyi Pula!

22/01/2018
0

SELEPAS bergelar pelakon, pengacara dan ahli perniagaan, Rozita Che Wan atau Che Ta bakal mencuba bidang nyanyian pula. Khabarnya, Che...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd