BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikhabarkan akan bercuti dalam satu tempoh panjang selepas merasmikan dua mesyuarat bahagian UMNO di Johor, hari ini.
Semua tahu, sejak beberapa bulan lalu, Muhyiddin dilihat mulai kerap mempersoalkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah, situasi makin rumit setelah beliau dilucutkan jawatannya dalam kabinet apabila platform mesyuarat bahagian dijadikan tempat untuk mempersoalkan isu dana derma RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun Najib serta 1MDB.
Muhyiddin Nafi Terlibat Rancang Jatuhkan Kerajaan

Memetik laporan The Malaysian Insider, jemputan dari bahagian UMNO Pontian dan Pekan Nenas merupakan yang terakhir akan dihadiri Muhyiddin selaku Timbalan Presiden.
Menurut sumber berkenaan, “Program Tan Sri di Johor ini adalah yang terakhir sebelum beliau pergi bercuti panjang.”
Malah, Muhyiddin juga dikatakan sudah tidak mendapat jemputan dari bahagian lain untuk merasmikan mesyuarat bahagian. “Setakat ini tidak lagi jemputan kepada Muhyiddin untuk merasmikan mesyuarat.”
Ujar sumber sama lagi, Muhyiddin berkemungkinan akan merancang strateginya sepanjang tempoh rehat tersebut.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pagoh itu turut dilaporkan masih belum membuat keputusan sama ada bakal menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO seandainya ia dibuat 28 Ogos depan. – MYNEWSHUB.CC
Spekulasi Ditangkap Buat Muhyiddin Tak Tidur LenaÂÂ

