• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Merdeka Center: 70% Melayu Tentang Bersih 4.0

oleh
31/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUAT julung kali dalam sejarah, perhimpunan haram Bersih 4.0 dilaporkan gagal menarik sokongan masyarakat Melayu hasil kajian dibuat sebuah agensi bancian bebas yang selama ini mesra pembangkang, Merdeka Center.

Menerusi pungutan persepsi dilakukan oleh agensi itu, 70 peratus responden Melayu membantah penganjuran demonstrasi jalanan tanpa permit tersebut yang konon untuk menuntut perjalanan pilihan raya bersih dan adil.

Hasil bancian telus Merdeka Center jauh berbeza daripada tinjauan sebuah portal propembangkang terkenal apabila mendakwa kaum Melayu amat menyokong Bersih 4.0 dengan unjuran yang bersetuju lebih 50 peratus.

Ironi, artikel tinjauan berkenaan kemudian dilaporkan ‘ghaib’ selepas laporan kajian Merdeka Center mula disiarkan oleh semua portal berita tempatan pada petang Jumaat dengan melibatkan lebih 1,000 responden.

Kajian agensi bertaraf antrabangsa itu sebaliknya menunjukkan 81 peratus kaum Cina tegar menyokong acara himpunan haram tersebut manakala kaum India mencatatkan cuma 51 peratus sokongan terhadap Bersih 4.0.

Baca: Wahai Ahli Pas! Jauhilah Bersih 4.0, Taatlah Pemimpin Anda

Secara keseluruhan, hanya 43 peratus responden bersetuju dengan penganjuran program tunjuk perasaan antikerajaan itu sementara majoriti iaitu 47 peratus pula jelas membantah perhimpunan haram berkenaan.

“Acara kali ini berbeza dengan tiga siri Bersih sebelum itu kerana ia dijangka lebih menarik penyertaan bukan bumiputera daripada kawasan bandar dan pengguna tegar laman maya,” jelas kenyataan Merdeka Center.

Tinjauan menerusi media sosial tempatan juga mendapati, masyarakat Melayu cuba menjauhkan diri daripada Bersih 4.0 susulan arahan tegas daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada semua ahlinya.

Selama ini tiga kali siri Bersih lebih banyak disertai penyokong tegar Pas, namun dengan tindakan parti itu ‘bermusuhan’ dengan DAP, Bersih 4.0 dijangka menyaksikan kurang penglibatan kaum Melayu antikerajaan.

Ini mengakibatkan DAP terpaksa bekerja keras menghasut rakyat bukan Melayu menyertai Bersih termasuk mempromosikan ramai gadis seksi walaupun diberi amaran keras oleh pihak berkuasa. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Bersih 4.0DAPPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ashraf Muslim Kongsi Gambar Baby Bump Isteri-Isterinya

Next Post

Polis Nafi Pencuri Lembu Jual Senjata Api

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Next Post

Polis Nafi Pencuri Lembu Jual Senjata Api

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd