• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tuan Rumah Kejohanan Ping Pong Dunia

oleh Ahmad Albab
01/08/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas 15 tahun, Malaysia kembali menganjurkan Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia (WTTC) untuk kali kedua tahun depan.

Kejohanan dua tahun sekali itu akan dilangsungkan dari 28 Feb hingga 6 Mac di Stadium Malawati, Shah Alam.

Kejohanan itu dijangka menarik walaupun China dianggap kuasa besar khususnya dalam acara berpasukan wanita.

“Ia pasti satu pertandingan yang hebat. Kira-kira 100 negara dijangka mengambil bahagian,” kata Presiden Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF), Thomas Weikert dalam sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, Weikert menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Ping Pong Malaysia yang diwakili Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Han Kee Juan.

Majlis MoU itu disaksikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Ong Ka Chuan.

Sebanyak 16 pasukan teratas divisyen satu dan dua pasukan terbaik divisyen dua pada Kejohanan Berpasukan Dunia 2014, mara secara automatik ke saingan divisyen satu.

Selain negara yang dipilih secara merit dalam divisyen satu, turut terpilih adalah beberapa negara terbaik dalam ranking berpasukan dunia ITTF.

Antara negara yang akan bertanding adalah China, Jepun, Jerman, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat.

Han berkata berikutan kejohanan itu lebih tertumpu kepada saingan divisyen satu, pemain Malaysia berpeluang menentang antara pasukan terbaik dunia.

“Pasukan wanita negara sebenarnya berada dalam divisyen dua manakala pasukan lelaki pula dalam divisyen tiga.

“Untuk saingan ini, ia membabitkan pertandingan 25 pasukan dan Malaysia diberi penghormatan menurunkan pasukan,” kata Han.

Ia menjadi cabaran besar untuk pemain Malaysia dan pengalaman menentang pemain handalan dunia sangat berharga untuk mereka, tambah Han. – BERNAMA

Tags: Ping Pong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Minat Anggota Keluarga Kepada Ping Pong Dorong Gloria Bergelar Atlet

25/11/2018
0

IPOH - Minat seluruh anggota keluarga kepada ping pong menjadi faktor utama mendorong Gloria Gracia Wong Sze menceburi sukan itu...

TTAM Sasar Sederhana Sukan Komanwel 2018

30/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) tidak meletakkan sasaran tinggi pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd