• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lenovo Menawarkan Jam Pintar Percuma Buat 100 Pembeli Terawal

oleh AK-47
18/08/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

LENOVO Malaysia akan mula menjual telefon pintar memfokuskan fotografi daripada mereka, iaitu Lenovo Vibe Shot pada minggu hadapan iaitu pada18 Ogos.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, tetapi kini mereka telah mengemaskini halaman web utama, dan memperlihatkan promosi yang akan ditawarkan.

Daripada promosi yang diperlihatkan oleh Lenovo Mobile Malaysia, mereka akan menawarkan jam tangan pintar Moto 360 secara percuma untuk 100 pembeli terawal Vibe Shot melalui jualan atas-talian, selain turut menawarkan Lenovo Selfie Flash secara percuma.

Jualan akan dimulakan pada 18 Ogos 2015 ini bermula 10 pagi – tetapi harga masih menjadi tanda tanya buat masa ini.

Bagi yang tidak ketahui akan Lenovo Vibe Shot, ia merupakan salah satu telefon pintar dengan fokus terhadap kamera. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip Snapdragon 615, memori 3GB RAM, dan sokongan dwi-SIM.

Menjadi fokus adalah kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan penstabilan imej optikal dan juga inframerah – serta beberapa mod rakaman yang khusus.

Telefon ini turut menyertakan kamera hadapan 8-megapixel bersama-sama dengannya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Lenovo

Oleh: hzq

Tags: jam pintarperanti pintar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenapa KPM Lewat Agih Laptop? – Najib

26/04/2021
0

DARI FB NAJIB RAZAK BANTUAN 150,000 unit peranti bagi murid-murid golongan B40 dilulus dalam bajet 2021. Dijanji kerajaan untuk dipercepatkan...

Vivo V20, V20 Pro Dengan Teknologi ‘Eye Autofocus’

21/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Vivo secara rasminya melancarkan V20 dan V20 Pro, model terbaharu dalam siri V20 “Be The Focus” di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd