MENAKJUBKAN! Seorang lelaki ini telah berjaya memecah rekod terdahulu dengan berjalan di atas tali sejauh 210 kaki dengan ketinggian 290 meter di udara.
Spencer Seabrooke dirakam telah berjalan tanpa sebarang alat keselamatan dari satu tebing ke tebing gunung yang lain pada 2 Ogos lalu di Squamish, Canada.

Kejayaan Spencer telah mengetepikan rekod terdahulu yang juga dicatat secara solo oleh Andrew Lewis pada tahun 2011 dengan jarak 180 kaki.
Menerusi video yang dirakam oleh Zachary Moxley itu, Spencer dilihat telah jatuh beberapa kali namun sempat berpaut pada tali tersebut agar dirinya tidak terkorban daripada aktiviti lasak lagi ngeri itu.
Keberanian lelaki ini sememangnya perlu dipuji dan diiktiraf kerana tidak semua orang mampu melakukan perkara seperti itu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC