• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Miliki Lesen Motosikal RM299 Melalui MyLesen Mulai 15 Sept

oleh Ahmad Albab
31/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mulai 15 Sept, orang ramai boleh memiliki lesen motosikal pada kos lebih rendah iaitu RM299 berbanding harga semasa RM350 melalui program MyLesen, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata program MyLesen diperkenalkan bagi menggalakkan orang muda yang tidak memiliki lesen motosikal, mendapatkan lesen masing-masing.

“Ramai pemuda-pemudi yang menunggang motosikal tanpa lesen. Ini amat bahaya. Daripada 10 penunggang motosikal, kami mendapati tiga (tanpa lesen).

“Menunggang motosikal tanpa lesen tidak boleh diterima. Jadi kita seru mereka cepat-cepat ambil lesen dan program MyLesen bertujuan membantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis Kembara Kasih Merdeka 2015 anjuran Skuad Muda 1JPJ di sini hari ini.

Liow berkata program MyLesen akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama sekolah memandu yang mengambil bahagian dalam program berkenaan.

Mengulas mengenai langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, beliau berkata Kementerian Pengangkutan, JPJ, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang dalam proses mengkaji semula Sistem Kesalahan Jalan Raya (Kejara), Sistem Penalti Mata dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Berdasarkan kajian yang sedang dijalankan ke atas ketiga-tiga sistem berkenaan berkemungkinan dapat dilaksanakan secara teratur awal tahun depan, kata Liow.

Namun bagi AES, beliau berkata kajian perlu dibuat secara terperinci supaya rakyat dapat mengetahui faedahnya. – BERNAMA

Tags: Lesen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

16/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas yang terbabit dalam nahas meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd