• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsep Mudah Kenapa Ada Pihak Untung & Rugi Bila Ringgit Jatuh?

oleh Ahmad Albab
28/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CUBA anda fikirkan, apabila seseorang individu tiba-tiba diserang demam, dia pastinya akan mengunjungi klinik ataupun sekurang-kurangnya farmasi untuk mendapatkan ubat bagi menyembuhkan sakitnya itu. Sudahnya, si polan tersebut akan berhabisan beberapa puluh ringgit.

Sudah tentulah, situasi berkenaan paling menggembirakan si doktor yang merawat pesakit itu kerana keuntungan hasil perkhidmatannya akan dijana setiap kali pelanggan datang.

Ceritera antara seorang pesakit dan doktor merupakan satu analogi mudah untuk membuka mata sesetengah pihak tentang isu kejatuhan matawang Ringgit ketika ini.

Ringgit Jatuh: Pelajar Tajaan Kerajaan Tak Akan Kelaparan – Nazri Aziz

Itulah kenyataan yang perlu dikunyah banyak pihak bahawa dalam kebanyakan senario yang dilalui sehari-hari, pasti akan ada pihak yang untung dan satu pihak lagi rugi. Itu satu norma!

Malaysian-students

Ya, siapa mampu nafikan fakta bahawa rakyat sedang menanggung kerugian terutamanya apabila berada di luar negara kerana kejatuhan Ringgit ketika ini menyebabkan hasil tukaran menguncup ke jumlah lebih kecil.

Selain itu, kerugian terpaksa dihadapi oleh syarikat yang berorientasikan aktiviti import apabila harganya akan turut meningkat lantas menyaksikan mereka terpaksa menanggung kos tersebut.

Ketika berbicara sisi negatif kejatuhan matawang kita, ramai juga perlu tahu bahawa situasi terbabit turut menyumbang kepada kesan positif terhadap sesetengah pihak.

Beberapa kali diulang dalam kenyataannya, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata ia menjadi kelebihan dalam soal kemasukan pelancong asing yang turut sama membawa aliran masuk tunai melalui perbelanjaan mereka di Malaysia.

WARNARASA MALAYSIA
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz

Tahukah anda, menerusi satu perangkaan, industri pelancongan kini dianggarkan menyumbangkan 12.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menilai dari prestasinya pada tahun lalu, nilai yang disumbangkan sektor tersebut kepada negara berjumlah kira-kira RM104 bilion.

Bukan itu sahaja, situasi tersebut turut membantu warga tempatan dalam soal kerjaya apabila ia menawarkan banyak peluang pekerjaan.

Selain itu, peningkatan harga barangan import juga menyebabkan hasil jualan barangan tempatan akan menjadi pilihan pengguna bagi mendapatkannya pada harga murah. Kesan situasi itu perlahan-lahan akan memulihkan kembali kedudukan ekonomi negara kita.

Ya, sekali lagi dinyatakan, natijah kejatuhan nilai Ringgit pada masa ini pastinya memberi takrifan berbeza pada setiap individu; ada yang rugi, ada yang untung dan ada yang tak terjejas.

Seperti kisah seorang pesakit dan doktor di atas, kita perlu menerima hakikat bahawa tak selalu ekonomi kita ‘sihat’. Adakalanya ia tetap diduga apabila dilanda ‘demam’.

Apa yang penting, kita harus membantu untuk menyuntik kembali aliran keuntungan dengan perbelanjaan bijak. Seperti orang yang tak sihat, lama kelamaan dijamu ubat, sembuhlah dia… – MYNEWSHUB.CC

Bank Negara: Tak Perlu Tambat Ringgit

Tags: Bank Negara Malaysiajatuhkementerian kewanganNazri AzizPelanconganringgit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

23/01/2026
0

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua...

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

12/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti mekanisme penggunaan MyKad dan e-dompet dalam melaksanakan penyasaran subsidi minyak RON95. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd