• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kibarkan Jalur Gemilang – Salleh

oleh Ahmad Albab
14/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak menyarankan agar semua rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang di mana sahaja mereka berada bagi menunjukkan semangat cinta kepada negara terutama sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

“Kalau di tempat (negara) lain ada yang bermatian-matian menuntut sebuah negara, dan kita di Malaysia ini bertuah, sudah merdeka. Ini perlu dihargai,” katanya ketika berucap pada majlis mesra Menteri Komunikasi dan Multimedia di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di sini hari ini.

Salleh berkata tema sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Sehati Sejiwa’ adalah bertepatan untuk semua pihak bersama-sama mengelakkan perbalahan, selisih faham dan fitnah demi kesejahteraan negara.

Sementara itu, beliau meminta semua jabatan dan agensi di bawah kementeriannya di Sabah agar menyemak semula program masing-masing agar pelaksanaannya bersesuaian dengan keadaan dan tempat.

“Kita sebuah negeri yang agak besar dan kadangkala kita berbeza dengan pendekatan di semenanjung Malaysia. Kita kena pastikan agar program-program itu bersesuaian dengan keadaan setempat,” katanya.

Sebagai contoh katanya pendekatan penyampaian maklumat dan dasar kerajaan di kawasan luar bandar adalah berbeza dengan tempat lain bagi memastikan ia benar-benar difahami golongan sasar. – BERNAMA

 

Tags: jalur gemilangSalleh Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

27/10/2025
0

JALUR GEMILANG DIPASANG TERBALIK DI PEKAN NANAS: POLIS PONTIAN JALANKAN SIASATAN   PONTIAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat...

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

20/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Lagi insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik dikesan di sebuah klinik pergigian swasta dipercayai berlaku di daerah Pontian....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd