• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Mengenai E-Rokok Dijangka Siap Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
25/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kajian mengenai ketagihan rokok elektronik (e-rokok) yang dijalankan oleh Institut Perubatan Respiratori (IPR) sejak 2013, dijangka siap awal tahun depan.

Perunding Perubatan Kanan IPR Prof Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif berkata penyelidikan itu kini dalam peringkat awal kajian epidemiologi dan memerlukan lebih banyak masa untuk menjalankan kajian mendalam mengenai bukti-bukti yang kukuh.

“Isu e-rokok adalah kontroversi, terdapat kebaikan dan keburukan. Kami perlu menunggu keputusannya dan juga akan mendapatkan maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang akan mengambil masa yang lama, selewat-lewatnya tahun depan.

“Kami telah menyemak pelbagai kertas mengenai e-rokok yang diterbitkan oleh badan yang berlainan, persatuan dan kertas kajian saintifik di seluruh dunia.

“Sebahagian daripada mereka bersetuju e-rokok perlu diharamkan dan terdapat juga penemuan bahawa ia patut dikawal,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

E-rokok adalah satu alat elektronik yang mensimulasi atau menyerupai cara merokok.

Abdul Razak berkata perokok e-rokok mungkin mengalami akut atau kesan jangka pendek seperti batuk dan keletihan.

“Kesan kronik atau kesan jangka panjang ialah kanser, penyakit jantung dan banyak lagi penyakit berbahaya yang lain.

“Yang paling membimbangkan sekarang ialah ramai orang yang menyalahgunakan alat ini dengan menambah dadah seperti marijuana dan heroin, yang akan mendatangkan lebih banyak mudarat kepada tubuh badan dan ini akan menyukarkan pihak berkuasa untuk mengawalnya,” kata beliau.

Abdul Razak berkata negara yang telah mengharamkan rokok elektronik ini termasuk Singapura, Brunei dan Thailand manakala India dilaporkan merancang untuk mengharamkan tidak lama lagi.

IPR ialah pusat rawatan utama bagi penyakit paru-paru seperti batuk kering, asma, kanser paru-paru serta penyakit berkaitan paru-paru seperti gangguan tidur.

Institut ini juga menjalankan eksperimen ke atas penyakit, termasuk faktor risiko seperti merokok.

Pusat ini juga menjalankan, menerbitkan dan membentangkan kajiannya di banyak negara termasuk di Amerika Syarikat, Jepun dan Thailand.

“IPR sangat aktif dalam menjalankan penyelidikan dan kami sekarang sedang menjalankan penyelidikan baharu bagi WHO mengenai batuk kering, yang bermula bulan lepas dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: rokok elektronik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Belanjawan 2023: Produk Cecair, Gel Ada Nikotin Akan Dicukai

Belanjawan 2023: Produk Cecair, Gel Ada Nikotin Akan Dicukai

24/02/2023
0

Kuala Lumpur: Duti eksais dikenakan ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd