• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Buktikan Wanita Suka Lelaki Gempal Berbanding Sado

oleh AK-47
21/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAK gayanya trend kaum lelaki yang kini gigih membina badan masing-masing untuk tampak lebih segak serta menjadi lebih sihat ini tidak menjanjikan dapat menarik perhatian kaum wanita.

Satu kajian telah dijalankan di Britain mendapati majoriti kaum hawa yang menjadi responden mendedahkan bahawa mereka lebih suka bersama dengan lelaki yang berisi atau gempal.

Sementara kebanyakan lelaki berusaha memiliki six-pack di bahagian perut mereka, majoriti daripada wanita British lebih gemar dengan lelaki yang mempunyai ‘baby-bump’  atau beer belly.

bad_neighbors2

Seramai 2544 orang wanita yang berusia 18 tahun ke atas telah diuji di United Kingdom dan sebanyak 38% daripada mereka menyatakan lelaki yang gemuk dan gempal lebih romantik dalam bercinta.

Kaum wanita juga menyatakan golongan lelaki seperti ini lebih suka melayan mereka berbanding diri sendiri serta lebih penyayang dan lemah lembut.

Di bawah ini merupakan top 5 jenis badan lelaki yang menjadi pilihan wanita untuk bersama mereka di dalam bilik tidur.

1) Lelaki bersaiz besar / berat badan berlebihan – 38%

2) Lelaki berotot / athletic - 21%

3) Lelaki tinggi (ketinggian lebih 6 kaki) – 13%

4) Lelaki pendek ( tinggi kurang daripada 5 kaki 8 inci) – 10%

5) Lelaki kurus / kecil molek – 9%

Ray-Quinn

Menurut sumber juga, trend menggilai lelaki bersaiz besar ini semakin menular dalam kalangan wanita British kini semakin meningkat.

Walaubagaimanapun, kepada semua lelaki bersaiz besar di luar sana, jangan terlalu selesa dengan keadaan sekarang kerana kesihatan dan kecergasan diri juga perlu dititikberatkan.

Kesimpulannya, tidak kira sama ada gemuk, kurus atau sado, setiap lelaki ada kelebihan dan tarikan masing-masing. Pasti akan ada wanita yang terpikat, apa yang penting adalah ketulusan cinta yang dicurahkan.

– Agensi/MYNEWSHUB.CC

 

Tags: gemukkajianlelakiWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd