• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juri PABM 2015 Berpengalaman Luas Bidang Bahasa

oleh AK-47
04/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Tujuh hakim berpengalaman luas dalam bidang Bahasa Melayu telah dilantik menjadi hakim dan juri bagi mengadili kesemua peserta yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM 2015) yang berlangsung dari 4 hingga 7 Ogos ini.

Menurut Sekretariat PABM 2015, Dr Mazlina Mohamad, tiga hakim dari negara luar turut dijemput menjadi hakim sementara yang selebihnya merupakan individu yang pakar dalam bidang Bahasa Melayu yang terdiri daripada wakil Dewan Bahasa dan Pustaka dan pensyarah tempatan.

P1
Dr. Mazlina Mohamad

“PABM kali ini kita hanya sediakan tema dan kita berikan kebebasan kepada peserta untuk sediakan tajuk pidato.

“Mereka perlu berucap selama lima minit dalam peringkat saringan, enam minit pada suku akhir dan tujuh minit untuk peringkat separuh akhir dan akhir,” katanya ketika ditemui pada Bengkel Penyampaian Pidato yang diadakan di Uniten, di sini hari ini.

Dr Mazlina menyatakan PABM kali ini turut memperkenalkan satu lagi kategori baharu iaitu Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) selain dua kategori sebelum ini iaitu Alam Melayu dan Antarabangsa.

“Pertama kali PABM kenalkan satu kategori baharu iaitu khas untuk pelajar antarabangsa yang menuntut di sini.

“Sesi saringan telah diadakan bulan April lalu di universiti masing-masing dan ianya sangat mencabar dan mereka yang benar-benar menguasai bahasa Melayu terpilih memasuki pertandingan ini,” katanya.

P
Peserta menyertai Bengkel Penyampaian Pidato PABM 2015.

Untuk markah penjurian pula, sebanyak 40 markah diberikan untuk isi pidato selain permarkahan untuk bahasa sebanyak 35, gaya persembahan (20) dan markah bonus (5).

Menurut Dr Mazlina lagi, seorang pemidato yang baik mereka perlulah sentiasa bersedia dengan ucapan masing-masing dan tidak tergagap ketika muncul di pentas memandangkan semua aspek itu diambil kira dalam permarkahan.

PABM 2015 yang memasuki tahun kesembilan penganjurannya ini berjaya menarik penyertaan seramai 40 pelajar antarabangsa, 10 Alam Melayu dan 21 Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM).

Mereka akan bersaing sebelum melayakkan diri ke peringkat akhir yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Jumaat ini. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=KpV5ZptkREY

https://www.youtube.com/watch?v=uJz3cqh6VnM

Oleh:  JULIANA JOHAR
Foto/Video:  RIZA RAZAK

Tags: pabmPABM2015
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PABM: Peserta Jepun Juarai Kategori Antarabangsa

27/07/2017
0

PUTRAJAYA - Peserta Jepun, Lisa Shimazaki menepati ramalan memenangi kategori Antarabangsa pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM)...

PABM Angkat Bahasa Melayu Bertaraf Dunia – PM

27/07/2017
0

PUTRAJAYA - Hasrat negara untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa semakin menjadi kenyataan apabila setiap tahun Pertandingan Pidato Antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd