• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Joshua Parfitt Wakil Dari UK Johan PABM 2015

oleh Ahmad Albab
12/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Wakil dari United Kingdom, Joshua Parfitt dinobatkan juara bagi kategori Antarabangsa Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2015 (PABM 2015).

SAM_4927
Joshua Parfitt

Dengan kemenangannya itu, Joshua, 22, berjaya membawa pulang Piala Pusingan Perdana Menteri, piala iringan, wang tunai USD 7,000 (RM27,000), hadiah iringan dan sijil penyertaan.

Naib johan kategori Antarabangsa dimenangi peserta dari Australia, Emma Cecilia Roberts sekali gus memenangi piala iringan, wang tunai USD5,000 (RM19,000), hadiah iringan dan sijil.

Peserta dari Amerika Syarikat, Wyatt Evan Gordon pula meraih tempat ketiga dan membawa pulang piala iringan, wang tunai USD3,000 (RM12,000), hadiah iringan dan sijil penyertaan.

SAM_4947
Emma Cecilia Roberts
SAM_4897
Wyatt Evan Gordon

Bagi kategori Alam Melayu pula, pelajar jurusan Teknologi Maklumat (IT) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd Akmal Aizat Umar, 23, yang mengangkat tema pidato Keamanan Dunia berjaya memukau juri sehingga dinobatkan juara.

Seorang lagi peserta Malaysia, penuntut jurusan Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Janise Then Siaw Lian, 23, bergelar naib johan dengan mengangkat tema Makna Sebuah Perpaduan.

Mohd Akmal Aizat Umar
Janise Then Siaw Lian
SAM_4960
Awabeen Samsuding

Peserta termuda dari Thailand, Awabeen Samsuding, 19, pula sekadar berpuas hati di tempat ketiga dengan mempertaruhkan Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh sebagai tema teks pidatonya.

Sementara kategori baharu diperkenalkan pada tahun ini, Pelajar Antarabangsa di Malaysia yang mewakili UIAM, Maheer GM Abdul Rasol diumumkan sebagai juara mengalahkan dua pesaing, Walid Baseel Mohamad Ali dari Universiti Putra Malaysia di tempat kedua sementara wakil Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Maher G.M Abdolrasol di tempat ketiga.

SAM_4864
Maheer GM Abdul Rasol
SAM_4883
Walid Baseel Mohamad Ali
SAM_4853
Maher G.M Abdolrasol

Kesemua peserta membawa pulang ganjaran yang sama bagi setiap kategori.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Pertandingan akhir PABM dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan ia dipancarkan secara langsung menerusi TV1. – MYNEWSHUB.CC

SAM_4185

SAM_4037

https://www.youtube.com/watch?v=bCpixjsfRbI

Oleh: JULIANA JOHAR
Foto/Video: RIZA RAZAK

Tags: PABM2015
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peserta Didedahkan Kepelbagaian Budaya Unik Masyarakat Kampung

17/08/2015
0

KEUNIKAN serta kepelbagaian budaya di kalangan penduduk Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan lagi menjadi antara faktor penting yang menarik perhatian...

Peserta PABM Tertawan Dengan Pertunjukan Seni Silat Melayu

18/08/2015
0

SETELAH seminggu berhadapan dengan minggu 'perah otak' bagi mencari idea untuk teks pidato yang ingin disampaikan, Ahad lalu peserta Pertandingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd