• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jokowi Rombak Kabinet, Tukar 5 Menteri & Setiausaha Kabinet

oleh Ahmad Albab
14/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi membuat pengumuman rombakan kabinetnya hari ini dengan perlantikan lima menteri dan Setiausaha Kabinet baru.

Menurut laporan media negara seberang, Kompas, perlantikan tersebut dibuat bersama pengguguran lima individu dari jawatan sebelumnya manakala seorang lagi bertukar portfolio.

Jokowi Bakal Pecat Menteri Yang Gagal Capai Prestasi

INDONESIA-ELECTION-JOKOWI

Perlantikan tersebut dibuat sejurus selepas Rano Karno diangkat menjadi Gabenor Banten di Istana Negara, Jakarta, sebentar tadi.

Luhut Binsar Panjaitan dilantik sebagai Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan bagi menggantikan Menko Polhukam Tedjo Edhy Puritjatno.

Seterusnya, bekas Gabenor Bank Indonesia, Darmin Nasution dilantik sebagai Menteri Ekonomi manakala penyandang sebelumnya Sofyan Djalil ditukarkan ke Kementerian Perencanaan Pembangunan Nasional.

Selain itu, baki jawatan yang bertukar tangan adalah Menteri Maritim (Rizal Ramli), Menteri Pedagangan (Thomas Lembong), dan Setiausaha Kabinet (Pramono Anung).

Sebelum ini, Jokowi didesak oleh ahli parti serta masyarakat Indonesia agar merombak kabinetnya dalam usaha untuk mengatasi kelembapan ekonomi yang melanda negara itu sekarang.

Menurut laporan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Indonesia berkembang pada 4.67 peratus pada suku kedua tahun ini, lantas mencatatkan kadar paling perlahan dalam tempoh enam tahun. – MYNEWSHUB.CC

Laporan Rombakan Kabinet Jokowi Hari Ini

https://www.youtube.com/watch?v=TVmAoHyVkuQ

Tags: IndonesiaJokowikabinetpresidenRombakan Kabinet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tujuh Jam Yang Mendebarkan Untuk Seorang Remaja Di Indonesia

Tujuh Jam Yang Mendebarkan Untuk Seorang Remaja Di Indonesia

03/12/2025
0

INDONESIA – Dalam insiden yang mengundang tangisan berjuta penonton di media sosial, seorang remaja lelaki melalui detik paling mencemaskan dalam...

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd