• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jari Tersepit Ketika Baiki Enjin Kereta

oleh Ahmad Albab
24/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Seorang mekanik di Kelantan mengalami kecederaan pada bahagian jarinya ketika dia sedang membaiki enjin sebuah kereta di Kampung Baru Hujung Repek, petang Khamis.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, ketika pihaknya tiba di bengkel itu, mangsa, Razali Mat Zin, 32, masih lagi didapati sedang mengerang kesakitan.

Siasatan awal menunjukkan jari kelingking kanan mangsa tersepit pada bahagian tapak enjin kereta model Perodua Kancil yang sedang diselenggara di bengkel kenderaan berkenaan.

“Kami menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 4.12 petang dan tiba sejurus kemudian. Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan 1, Ahmed Mazdan Jusoh bersama tujuh orang anggota.

“Ketika pasukan bomba tiba jari mangsa telah bengkak. Jari mangsa dapat dikeluarkan dalam masa sejam dengan menggunakan pemotong hidraulik,”katanya kepada pemberita.

Kasyfi berkata, masa yang diambil agak lama kerana pihak bomba perlu untuk meminimumkan tahap kerosakan pada bahagian enjin kereta tersebut.

Menurutnya, mangsa bernasib baik hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. – Sinar Harian

Tags: Jari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuaca Panas: KKM Rekod 15 Kes Strok Haba

Jari Kanak-kanak Terlekat Dalam Lubang Bekas Sudu Logam

09/03/2024
0

LIPIS: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dihantar ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis untuk mendapatkan bantuan bagi...

Jari Berlubang Akibat Digigit Labah-Labah

23/01/2019
0

WALLSEND – Jari tangan seorang lelaki berlubang selepas digigit seekor labah-labah jenis false widow ketika sedang menonton televisyen di rumahnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd