• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Gantung Di Malaysia Jadi Berita Di Mexico

oleh Ahmad Albab
30/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN kerajaan Mexico sering melancarkan ‘perang’ terhadap kartel dadah, namun negara itu langsung tidak pernah mewujudkan hukuman mati terhadap pesalah berkaitan jenayah narkotik.

Bagaimanapun Malaysia mencipta ‘gelombang’ baharu di negara itu apabila memutuskan bahawa tiga rakyat Mexico perlu ke tali gantung untuk dihukum mati kerana didapati bersalah mengedar dadah.

Ia susulan tindakan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya mengekalkan keputusan bersalah ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan terhadap tiga adik-beradik berkenaan pada April lalu.

Hasilnya, Duta Mexico ke Malaysia, Carlos Felix Corona mula ‘popular’ apabila dirinya dibanjiri dengan permintaan untuk diwawancara daripada 32 agensi media dari negaranya.

Tiga beradik warga Mexico itu ialah Jose Regino Gonzales Villarreal, 34; Simon Gonzales Villareal, 37, serta Luis Alfonso Gonzales Villarreal, 44.

Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan mereka.

Dalam keputusannya, Hakim Mohd. Zawawi berkata, undang-undang Malaysia melayan semua tertuduh secara sama rata, tanpa mengambil kira warga asing ataupun tempatan.

Mereka antara lima lelaki yang didakwa mengedar dadah seberat 29,460.17 gram jenis methaphetamin di kilang IPL Packaging Industries Sdn. Bhd. di 55, Jalan Idaman 1/5, Senai Industrial Park, Senai, Johor Bahru kira-kira pukul 3.15 petang, 4 Mac 2008.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Hukuman gantung ke atas ketiga-tiga adik beradik itu kini menjadi berita hangat di Mexico. Namun dilaporkan kehidupan adik beradik itu lebih baik apabila Corona dilantik menjadi duta ke Malaysia.

Beliau berjaya membantu adik beradik itu untuk dipindahkan dari penjara Kajang di Selangor ke penjara Bentong di Pahang, yang dikatakan lebih selesa.

Corona, seorang diplomat yang berkhidmat selama lebih daripada 23 tahun datang ke Malaysia atas sebab-sebab tertentu.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas ketika berurusan dengan hukuman mati dan merupakan salah seorang pakar terkemuka Mexico mengenai subjek ini.

Selepas penghakiman Mahkamah Persekutuan, Corona berkata kepada The Star: “Kami menghormati badan kehakiman Malaysia dan kami akan memfailkan semakan kehakiman sebelum memohon pengampunan Sultan Johor.”

Kementerian Luar Mexico berkata mereka akan merayu kepada badan-badan tempatan dan antarabangsa untuk menentang hukuman mati. – mStar Online

 

Tags: mexicoSultan Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Timbalan MB Kelantan Akui Beli Range Rover RM200 Ribu

Next Post

Gomez Yakin JDT Bangkit Di Hong Kong

Related Posts

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

Dua Wanita Di Universiti Mexico Maut Ditikam Seorang Lelaki

07/03/2024
0

MEXICO CITY: Seorang lelaki kelmarin menikam mati dua wanita di sebuah universiti di bandar Guadalajara di barat Mexico, kata seorang...

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Next Post

Gomez Yakin JDT Bangkit Di Hong Kong

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd