• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faktor Luaran Punca Kejatuhan Ringgit

oleh Ahmad Albab
01/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejatuhan nilai ringgit ketika ini adalah disebabkan faktor-faktor luaran termasuk penyusutan harga komoditi minyak dunia serta tekanan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).

Malah, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong, harga minyak baru-baru ini turut jatuh sehingga mencecah paras di bawah US$50 setong pada bulan September lepas.

“Dari segi ringgit, sebenarnya kita harus faham ianya adalah satu fenomena. Kadar pertukaran nilai wang ini bukannya ditentukan oleh kita.

“Lihat saja di China, indeks saham mereka telah menjunam sehingga 30 peratus‎ dalam masa yang singkat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Suruhanjaya Sekuriti di sini, hari ini.

Ringgit susut sebanyak 8.4 peratus daripada paras 3.4965 berbanding dolar AS yang dicatatkan pada akhir tahun lepas.

Mengulas lanjut, Chua berkata penyusutan kadar mata wang itu turut dialami negara-negara lain seperti Australia yang mana peratusan penurunannya adalah lebih tinggi berbanding ringgit.

“Ini menunjukkan bahawa (mata wang dunia) sekarang turut mengalami kesan penurunan harga komoditi serta kemungkinan Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah mereka,” katanya.

Menurutnya, walaupun ketika ini kerajaan tiada cadangan untuk menambat ringgit‎ pada paras RM3.80 berbanding US$1 dolar, beliau yakin pihak Bank Negara Malaysia akan sentiasa memantau keadaan, khususnya dari segi dasar monetari.

Mengenai kemungkinan ringgit terus menjunam atau pulih, Chua menjelaskan, ia bukanlah sesuatu yang mampu diramal sekarang kerana harga komoditi minyak yang merupakan antara sumber pendapatan negara, dijangka terus berdepan ketidaktentuan.

“Banyak pihak berpendapat apabila nilai ringgit kita turun, ia akan membantu dari segi eksport. Saya yakin, nilai ringgit yang lemah akan menarik lebih banyak pelaburan asing,” katanya. – BERNAMA

Tags: ringgit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

23/01/2026
0

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua...

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd