• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fahaman Ahbash Meresap Ke Malaysia?

oleh Ahmad Albab
09/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aliran yang terkenal suka mengkafirkan umat Islam lain iaitu Ahbash sedang meresap masuk ke negara ini, dakwa Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Beliau mendakwa, aliran yang dibawa masuk oleh pelajar Malaysia yang belajar di Lebanon tersebut sedang hebat menuduh umat Islam lain di negara ini bukan Ahlul Sunnah wal Jamaah, wahabi dan sebagainya.

“Menariknya mereka ini mengada-adakan cerita kononnya musuh-musuh mereka itu pula yang suka mengkafirkan.

“Mereka ini di seluruh dunia berlindung dengan memakai secara palsu jenama Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Bahkan kadang-kala menubuhkan badan atau organisasi dengan memakai nama Ahlus Sunnah Wal Jamaah,” dakwanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Berdasarkan rekod, Ahbash adalah aliran atau puak yang berpusat di Lebanon yang diasaskan oleh seorang lelaki Habsyi atau Afrika yang dikenali dengan nama Abdullah al-Harari.

Mereka mendakwa sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah sejati dan sesiapa yang berbeza pendapat dengan mereka menjadi sesat atau kafir.

Mohd. Asri mendakwa antara ciri-ciri penganut fahaman Ahbash menjadikan perbezaan pendapat sebagai sebab untuk kafir mengkafir, suka kepada pertumpahan darah umat Islam dan menghasut penganut Ahlul Sunnah wal Jamaah supaya mempercayai mereka.

“Golongan Ahbash ini menghasut secara palsu dan jahat dengan mengubah fakta, maklumat dan mengubah konteks ayat pihak yang mereka musuhi lalu diberikan kepada sebahagian umat Islam yang boleh ditipu oleh mereka.

“Mereka membuat kenyataan-kenyataan musuh mereka secara palsu ataupun dalam konteks yang salah dengan tujuan untuk mereka mengkafirkan,” dakwanya. – Mynewshub.cc

Tags: Mufti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd