• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Pelajar Dibelasah, Diacu Pistol

oleh Ahmad Albab
18/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Gambar dua pelajar dikatakan dibelasah selain diacukan pistol oleh seorang bekas pegawai polis berpangkat datuk menjadi viral di laman sosial sejak Jumaat lalu.

Berdasarkan viral di laman sosial Facebook, kejadian berlaku di kawasan perumahan di Seksyen 7, di sini.

Kedua pelajar itu dikatakan mahu mengulang kaji pelajaran bersama rakannya yang tinggal di rumah itu, malangnya mereka dituduh menceroboh.

Viral turut mengatakan kedua pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia itu hanya membawa beg sekolah, memakai pakaian seragam sekolah dan sebenarnya berada di luar kawasan rumah tersebut.

Datuk berkenaan dikatakan mengacukan pistol. Kedua pelajar itu pula mengangkat tangan tanda menyerah, namun datuk tersebut terus mengacukan pictol dalam jarak 30 sentimeter sebelum melepaskan satu das tembakan ke udara.

Pelajar itu juga dikatakan dipijak di bahagian kepala sehingga mendatangkan kecederaan sebelum tangan digari dan dibawa ke balai polis.

Namun, sebaik melihat pada rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) pemilik rumah mendapati terdapat dua individu masuk ke rumahnya dan terus menghubungi datuk berkenaan kerana mengesyaki rumahnya dimasuki penjenayah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat mengesahkan, pihaknya ada menerima tiga laporan berkaitan kejadian tersebut.

“Tiga laporan diterima termasuk daripada individu bergelar datuk dan kedua pelajar itu. Kedua pelajar itu juga ditahan bagi membantu siasatan namun dilepaskan dengan jaminan polis.

“Satu sidang media khas akan diadakan esok berkenaan kejadian itu,” katanya.

Katanya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh masuk ke sebuah rumah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960. – Sinar Harian Online

Tags: Jenayahpelajar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PPM Gagalkan Cubaan Seludup Masuk 15 Tan Sawit Ke Tawau

Next Post

Misi Mencari Serpihan MH370 Di Pulau Reunion Dihentikan

Related Posts

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

03/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya 16 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru dilapor mengalami gejala muntah-muntah, cirit-birit dan demam disyaki...

Next Post

Misi Mencari Serpihan MH370 Di Pulau Reunion Dihentikan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd