• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr M Bertindak Di Luar Batasan Hadir Himpunan Bersih

oleh Ahmad Albab
30/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANGGAR – Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak di luar batasan apabila sengaja menghadirkan diri pada himpunan Bersih, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata tindakan mantan presiden UMNO dan pemimpin negara kita itu tidak mencerminkan gesaannya pada 1998 lalu untuk tidak menyokong segala demonstrasi jalanan.

“Bagi saya, beliau (Dr. Mahathir) telah melanggar prinsip perjuangan yang beliau pegang selama ini. Tindakan beliau jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang diketengahkan semasa beliau pernah menjadi perdana menteri.

Baca: Tun M Barua DAP: Apa Nama Melayu Mudah Lupa?

“Ketika zaman pentadbirannya, beliau secara jelas menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukan pendekatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, apatah lagi menjatuhkan kerajaan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sepanggar dekat Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berkata Dr. Mahathir tidak pernah disekat untuk menyuarakan pandangannya selepas persaraannya pada 2003 lalu.

Namun tindakan beliau bersekongkol di pentas pembangkang pada malam Sabtu dan sekali lagi petang Ahad nyata tidak boleh diterima. – Agensi/Mynewshub.cc

Tags: Bersih 4.0
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arahan Menteri Haram Kemeja-T Bersih Tak Munasabah

29/08/2016
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa perintah menteri dalam negeri untuk mengharamkan penggunaan kemeja-T kuning Bersih...

Bersih 4.0: 19 Februari Untuk Keputusan Semakan Kehakiman

02/02/2016
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 19 Februari ini untuk keputusan permohonan semakan kehakiman yang difailkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd