• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Rakam Gambar Selfie Boleh Disaman – Rohani

oleh Ahmad Albab
25/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Anggota keluarga atau suami kepada pesakit wanita yang dirakam gambar oleh seorang doktor ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Johor Baharu boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pengamal perubatan tersebut.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim berkata tindakan tersebut telah mengaibkan maruah wanita terbabit apabila gambar berkenaan turut menampakkan bahagian sulitnya.

“Gambar itu kemudian disebarkan menerusi laman sosial sekaligus boleh memalukan dan menjejaskan imej pesakit wanita terbabit.

“Selain menyalahi etika sebagai pengamal perubatan, doktor dan kakitangan pada waktu itu tidak wajar merakam gambar kerana mengundang pelbagai tanggapan negatif kepada hospital,” katanya kepada media selepas mempengerusikan sesi percambahan minda Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perunding Wanita di sini Selasa.

Beliau mengulas tindakan seorang doktor wanita di sebuah hospital di Johor Baharu yang merakam gambar secara selfie sambil menunjukkan isyarat ‘peace’ dengan pesakit itu dalam posisi bersalin.

Perbuatan itu telah mengundang kemarahan orang ramai terutamanya pengguna laman sosial yang turut mengecam aksi merakam gambar terbabit.

Pada masa sama, Rohani meminta orang ramai agar tidak menyebarkan gambar tersebut kerana ia boleh terus memalukan dan mengaibkan maruah pesakit wanita berkenaan.

“Bayangkan sekiranya perkara ini berlaku pada diri sendiri, mungkin kita turut merasa malu seperti dialami wanita terbabit,” katanya. – BERNAMA

Tags: doktorRohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penjawat Awam Perlu Celik ICT Sumbang Kejayaan Perkhidmatan

Next Post

Video: Wow.. Pemain Rugbi Menari Setanding Pasukan Sorak!

Related Posts

Polis Terima Satu Lagi Laporan Terhadap Doktor Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh

Polis Terima Satu Lagi Laporan Terhadap Doktor Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh

08/03/2025
1

GEORGE TOWN - Polis menerima satu lagi laporan daripada seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa kepada seorang doktor perubatan sebuah...

Jenazah Bayi Beku: Polis Rakam Percakapan Ibu Bapa, Doktor

Jenazah Bayi Beku: Polis Rakam Percakapan Ibu Bapa, Doktor

14/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam keterangan ibu bapa dan doktor berhubung isu mayat bayi lelaki 'disimpan' dalam peti sejuk di...

Next Post

Video: Wow.. Pemain Rugbi Menari Setanding Pasukan Sorak!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd