• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Mahu Azmin Kaji Semula Kewajaran DEIG!

oleh Ahmad Albab
23/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti DAP mahu Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan berhubung skandal wang rakyat bernilai RM6.3 bilion melibatkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR perlu mengkaji semula kewajaran kerajaan PKR Selangor menubuhkan DEIG yang akan mengendalikan wang rakyat sebanyak itu.

“Saya sangat kritikal dengan struktur semasa DEIG dan menggesa supaya kajian semula terhadap keperluan, peranan dan pentadbiran kerajaan ke atas firma pelaburan negeri.

“Sebagai pengamal undang-undang, saya akan terus menyuarakan isu ini sehinga satu mekanisme akauntabiliti diinstitusikan berhubung DEIG,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bee Yin bagaimanapun mendakwa isu RM6.3 bilion dana DEIG oleh kerajaan PKR Selangor kononnya tidak perlu diperbesarkan seperti isu dana politik RM2.6 bilion melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dakwa beliau, DEIG walaupun dipertikaikan ramai pihak kerana ditubuhkan untuk mengendali wang rakyat Selangor RM6.3 bilion tanpa sebarang sebarang enakmen dan kelulusan DUN oleh kerajaan PKR Selangor, ia adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang belum beroperasi.

Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disingkirkan PKR pada sidang DUN baru-baru ini mempersoalkan tujuan sebenar kerajaan PKR Selangor mewujudkan DEIG bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikatnya.

Abdul Khalid mempertikaikan kewujudan DEIG yang didakwa ditubuhkan tanpa sebarang enakmen dan tidak mempunyai kelulusan DUN.

Azmin tidak menjawab soalan Abdul Khalid tersebut sebaliknya mengalihkan persoalan kepada isu bayaran pampasan kepada lapan bekas pegawai MBI berjumlah RM2.6 juta oleh kerajaan Selangor semasa Abdul Khalid menjadi Menteri Besar Selangor. – mynewshub.cc

 

https://www.youtube.com/watch?v=FvpLt2pNKYY

Tags: Azmin AliDAPDEIG
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd