• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dana Politik: Saya Hanya Ikut Amalan Selaku Presiden Parti

oleh Ahmad Albab
12/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penerimaan dana politik merupakan amalan dalam parti dan selaku Presiden UMNO, beliau hanya meneruskan amalan tersebut.

Perdana Menteri berkata usaha untuk mencari dana bagi keperluan parti dan masyarakat merupakan sebahagian daripada tugas presiden dan ia tidak pernah dipertikai mana-mana pihak sebelum ini.

“Sewaktu menjadi timbalan presiden, saya tidak pernah persoal mengenai dana parti, itu kerja presiden.

“(Perkara itu) juga berlaku pada zaman Tun (Dr Mahathir Mohamad)…saya hanya
meneruskan amalan,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang, di sini hari ini.

Menyifatkan bukan mudah untuk menjadi presiden, Najib berkata beliau perlu berusaha keras untuk mencari dana bagi parti namun pada masa sama memastikan ia tidak bertentangan dengan undang-undang.

“(Bila jadi presiden) ramai yang minta…jentera tak boleh gerak sebab duit tak turun, menteri besar pun boleh minta dari saya…tapi saya nak minta dengan siapa…sebab itu saya kena usaha.

“Sebab itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dah kata apa yang saya terima bukan dari 1MDB (1Malaysia Development Bhd) dan bukan rasuah, tetapi untuk sumbangan kepada parti dan tanggungjawab sosial korporat (CSR)…bukan untuk kepentingan saya sendiri” kata Najib.

Beliau sekali lagi menempelak pembangkang yang menolak cadangan untuk mengumumkan sumber dana politik seperti yang disarankan beliau empat tahun lepas.

Menyentuh mengenai rombakan Kabinet yang baru dilakukannya, Najib menegaskan ia bukan untuk mengguris hati orang Johor.

“Ia merupakan keputusan yang amat sukar tetapi atas sebab tertentu sesuatu perlu dibuat atas kepentingan politik…bukan untuk guris hati orang Johor,”
jelas beliau.

Dalam rombakan Kabinet baru-baru ini, Najib menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga anggota Parlimen Pagoh.

Mengakui memahami sentimen di Johor yang selama ini antara kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) terhadap keputusan itu, Najib berkata beliau menghargai kepercayaan yang diberi UMNO Johor kepada beliau untuk terus menjadu nakhoda dalam UMNO.

“Saya yakin dan percaya berdasarkan pengalaman dulu (termasuk) ketika ada Semangat 46, Johor masih positif dan membina untuk kembali kepada UMNO.

“Saya yakin dalam keadaan hari ini UMNO Johor akan terus memainkan peranan membina…sama-sama kita bukan sahaja berdoa tetapi berusaha,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib mengakui betapa signifikannya Johor kepada UMNO bukan sahaja sebagai negeri kelahiran parti Melayu itu, malah kekuatan parti di peringkat nasional banyak bergantung kepada sumber di negeri itu.

“Maka amat penting untuk teruskan perjuangan supaya jika mahu UMNO kuat dan dihormati, maka kubu kita UMNO Johor mesti dipertahankan,” katanya yang berjanji akan terus mengemudi parti walaupun berdepan suasana sukar. – BERNAMA

Tags: dana politikNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wawasan Perlis Maju 2015 Belum Tercapai

Next Post

Kes Bocor Maklumat, SPRM Sambut Baik Polis Tangguh Siasatan

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Kes Bocor Maklumat, SPRM Sambut Baik Polis Tangguh Siasatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd