• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Classruum Technologies Penggerak Inovasi E-Pembelajaran

oleh AK-47
23/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berdasarkan penggunaan komputer secara meluas di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi di negara ini, Classruum Technologies Sdn Bhd tampil untuk memperkenalkan inovasi e-pembelajaran bagi mengoptimumkan penggunaan komputer.

Pengasasnya Ariz Ramli berkata peningkatan penggunaan media sosial sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah mendorong syarikat tersebut untuk mempercepat pembangunan Classruum.com bagi menjadikannya platform di mana pembelajaran adalah sosial.

caprize

Beliau berkata mengikut Laporan New Ambient Insight, industri e-pembelajaran di Asia dijangka mencecah US$12 bilion menjelang 2018 dan ‘kami amat teruja untuk meneroka pasaran yang sedang berkembang ini.’

“Media sosial adalah perantara yang amat berkuasa, ia digunakan untuk menyebarkan maklumat, penjualan barangan dan perkhidmatan, juga kempen sosial menjadi viral dan kerjaya ditingkatkan atau dimusnahkan,” katanya.

“Memandangkan para pelajar dan remaja kini banyak menggunakan masa mereka di laman media sosial, mengapa tidak menjadikan platform ini sebagai edutainment?” kata Ariz, yang telah menghabiskan zaman awal persekolahannya di luar negara di mana teknologi dan Internet menjadi sebahagian daripada pembelajaran harian di sekolah.

caprize 1

Beliau berkata e-pembelajaran bukan satu konsep baharu, ia telah diperkenalkan sejak pertengahan tahun 90-an dan kini telah menjadi kaedah pembelajaran abad ke-21.

“Dalam usaha Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpengetahuan tinggi menjelang 2020, agak mengejutkan apabila sekolah di mana teknologi disediakan bagi mencetus inovasi dan teknologi maklumat, menjadi tempat yang paling diabaikan,” kata Ariz.

“Sekolah dibekalkan komputer tetapi ia tidak digunakan dengan cara yang betul. Malah, di sesetengah sekolah, makmal komputer dibiarkan begitu sahaja.”

Menerusi bantuan geran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), versi awal Classruum.com mula dibangunkan pada 2013 bagi memupuk budaya dan cara pembelajaran baharu melalui penggunaan teknologi.

Sehingga kini, RM800,000 telah dilaburkan untuk membangunkan Classruum.com.

Sejak dua tahun lepas, Classruum Technologies telah melawat 200 sekolah dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara untuk memperkenal Classruum.com serta bagi memperoleh maklum balas untuk memperkemas proses pembelajaran melaluinya Classruum.com.

Classruum.com mendapat sokongan pelbagai kolej dan universiti, termasuk Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Universiti Selangor (Unisel), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC).

Pada masa yang sama, Classruum.com juga mendapat sokongan pelbagai kementerian seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Kami tidak mengambil alih fungsi bilik darjah yang sedia ada atau pun kurikulum pendidikan. Apa yang Classruum.com tawarkan ialah fleksibiliti dalam penyampaian pembelajaran, mudah diakses melalui Internet sama ada melalui peranti mudah alih, komputer peribadi, komputer riba atau tablet.”

“Ada dalam kalangan kita pada suatu ketika dahulu merasa bosan untuk ke sekolah kerana cara pembelajaran yang kurang menarik. Cabaran besar bagi guru dan tenaga pengajar adalah bagaimana untuk menarik minat pelajar semasa mengajar, membolehkan proses pembelajaran berunsur edutainment. Dengan cabaran semasa, di mana para pelajar dan remaja sentiasa menggunakan peranti mereka untuk mengakses media sosial, mengapa tidak gabungkan elemen ini ke dalam pengajaran mereka? Inilah yang Classruum.com tawarkan,” kata Ariz.

Media sosial menyediakan fleksibiliti dalam mod penyampaian serta komunikasi dua hala, membolehkan kedua-dua guru dan pelajar berkongsi maklumat dalam talian.

Para pelajar boleh berkongsi sumber maklumat dan menyertai perbincangan mengenai projek atau topik yang mereka kurang faham dan pada masa yang sama, boleh membina komuniti mereka sendiri.”

“Yang penting, wawasan Classruum.com adalah untuk memperkasa para pendidik untuk berkongsi ilmu dan mencergaskan semangat untuk belajar dalam kalangan belia Malaysia.”

Sama seperti media sosial, Classruum.com membolehkan para penggunanya memilih fungsi “like”, “unlike”, “follow” dan “comment” bagi tujuan maklum balas berkenaan maklumat atau perkongsian oleh tenaga pengajar dan pelajar. Ini akan menjadi petunjuk kepada kebergunaan maklumat diberikan.

Memandangkan Classruum.com berkonsepkan kelas maya, ia membolehkan proses pengajaran ini ‘dieksport’ ke tempat lain. Sebagai contoh, terdapat seorang tutor di Ampang yang berjaya membantu para pelajarnya memperoleh A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memang disyorkan oleh ibu bapa.

“Namun begitu, bagaimana boleh beliau membantu pelajar lain di Sabah, Sarawak atau Johor? Apakah platform yang boleh digunakan oleh tutor berkenaan? Di sinilah Classruum.com boleh membantu. Kami mengambil pendekatan Instagram, Facebook dan Whatsapps, tetapi dalam persekitaran pembelajaran,” kata pengasasnya.

Classrum.com menawarkan banyak aspek penyampaian pembelajaran seperti penggunaan pengajaran video, nota, perpustakaan digital, latihan tubi, penanda sosial, persidangan video bagi tutorial bersemuka dan pelbagai permainan khusus bagi subjek yang dipelajari di sekolah, kolej atau universiti.

Salah satu ciri penting Classrum.com ialah Kad Skor di mana pencapaian pelajar direkodkan bagi membolehkan ibu bapa memantau perkembangan anak-anak mereka. Ini juga akan membolehkan tenaga pengajar melihat pencapaian pelajar dan berkomunikasi dengan pelajar berdasarkan keputusan pelajar.

Ariz menyasarkan penglibatan 200 hingga 500 buah sekolah secara aktif dalam Classrum.com sebelum akhir tahun ini. “Industri e-pembelajaran sedang berkembang pesat, dan dengan usaha kerajaan meningkatkan kadar penembusan Internet dan negara sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi, masa untuk menggalakkan penggunaan Classruum.com kini tepat sekali.

“Kami telah melengkapkan infrastruktur perniagaan kami dan langkah seterusnya ialah memperluas lagi rangkaian Classruum.com di seluruh Malaysia, dan kami bersedia untuk bergerak maju ke hadapan dengan kehadiran rakan kongsi baharu” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=4J_gyaCGZEA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd