• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cerita Sultan Johor Tak Izin PM Mendarat Di Senai Adalah Fitnah

oleh AK-47
14/08/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERDANA menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak difitnah lagi oleh pengguna laman sosial tidak bertanggungjawab apabila melaga-lagakan beliau dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Menerusi Facebook, pengguna itu memuatnaik status mendakwa kapal terbang yang dinaiki Perdana Menteri tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Bahru, yang kononnya atas titah Sultan Johor.

Cerita ini timbul apabila Najib telah berlepas ke Singapura pada hari Sabtu sebelah malam selepas merasmikan Peringkat Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pertandingan ini disiarkan secara langsung di RTM TV1. Pada malam tersebut, Najib mempunyai aturcara sendiri di singapura sempena sambutan hari kebangsaan singapura atas jemputan negara republik tersebut.

Najib kemudiannya bergerak ke perasmian mesyuarat Umno bahagian Pasir Gudang pada pagi Ahad dengan menaiki kereta dari singapura dan selepas majlis telah kembali semula ke negara Singa itu untuk program rasmi yang turut dihadiri para pemimpin negara Asean.

datok (2)
Sumber Gambar: MFA Singapura.

Turut hadir mencemar duli ialah baginda Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Difahamkan hari ini pula, Najib berlepas ke Kuching, Sarawak untuk satu program rasmi malam ini sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Jadi dengan aturcara sedemikian yang terdapat di negara republik tersebut sepatutnya tidak timbul fitnah bahawa Sultan Ibrahim tidak memperkenan pesawat dinaiki Najib untuk mendarat di Senai.

Malah Najib dan Baginda turut bertemu dan berbual di Singapura dalam keadaan mesra dan hormat.

Di laman Facebook Najib, beliau turut bergambar bersama-sama dengan baginda ketika sama-sama bertemu di Singapura.

datok (3)
Sumber gambar: Facebook Najib Razak.

Sebagai negara yang menjemput Najib, Singapura mengambil tanggungjawab menyediakan pengangkutan untuk beliau yang perlu menghadiri majlis tertentu ketika di Singapura dan kemudian pulang semula ke Kota Singa itu untuk majlis seterusnya.

Jadi di sinilah, fitnah lebih dipercayai daripada kebenaran yang sudah tiada nilai di mata orang ramai.

Biarpun penjelasan diberikan, sikap sesetengah orang kita yang amat mudah mempercayai ‘bulat-bulat’ pembohongan perlulah dihindari.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Tags: fitnahmedia sosialPerdana MenteriSultan Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KJ Sambut Baik Pembatalan Perpindahan 2 Pegawai SPRM

Next Post

Gambar Peranti Terbaru Daripada Huawei Tertiris Ke Arena Web

Related Posts

Dua Kumpulan Warga Pakistan Bergaduh Tular Di Media Sosial

Dua Kumpulan Warga Pakistan Bergaduh Tular Di Media Sosial

05/09/2024
0

PENAMPANG - Tidak puas hati antara satu sama lain menjadi punca pergaduhan melibatkan dua kumpulan warga Pakistan sehingga tular di...

Penyedia Mesej Internet, Media Sosial Sedia Dilesenkan – Fahmi

Penyedia Mesej Internet, Media Sosial Sedia Dilesenkan – Fahmi

03/08/2024
0

PUCHONG - Penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial secara dasarnya telah menyatakan kesediaan untuk dilesenkan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi...

Next Post

Gambar Peranti Terbaru Daripada Huawei Tertiris Ke Arena Web

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd