• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersih 4.0 Jejas Persiapan Akhir Sambutan Hari Kebangsaan

oleh Ahmad Albab
01/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persiapan akhir sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka terjejas kerana laluan masuk dihalang oleh peserta perhimpunan Bersih 4.0 yang berkumpul memenuhi kawasan sekitar lokasi itu.

Pengerusi Jawatankuasa Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2015, Datuk Seri Othman Mahmood berkata persiapan untuk acara Hari Kebangsaan yang akan disambut esok itu tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

“Setakat pagi ini, saya dan beberapa pegawai dari Jabatan Perdana Menteri hanya dapat menyempurnakan persiapan sambutan sebanyak 50 peratus sahaja.

“Banyak peralatan dan barangan keperluan tidak dapat dibawa masuk ke Dataran Merdeka dan kami hanya mempunyai kurang daripada 17 jam untuk menyempurnakan persiapan itu,” katanya ketika ditemui oleh pemberita di sini, hari ini.

Othman meminta agar pihak penganjur perhimpunan Bersih 4 memberikan kerjasama dengan menghentikan perhimpunan lebih awal agar mereka dapat menyelesaikan persiapan sambutan hari bersejarah negara itu.

“Saya seru kepada semua peserta perhimpunan Bersih untuk memberi kerjasama kerana sambutan Hari Kebangsaan ini untuk semua rakyat Malaysia, kita mahu menyambut Hari Kebangsaan tersebut dengan penuh semangat patriotisme,” tegasnya.

Othman berkata sikap peserta himpunan itu tidak menggambarkan perpaduan yang diseru selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan #SehatiSejiwa yang
menggambarkan keutuhan, persefahaman, kebersamaan dan kemanusiaan semua rakyat di negara ini.

Kira-kira 10,000 wakil dari agensi kerajaan dan swasta, pasukan keselamatan serta pelajar akan mengambil bahagian dalam perarakan bersempena sambutan itu esok.

– BERNAMA

Tags: Bersih 4.0
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Adakah Ini ‘Bersih’ Pada Pandangan Anda?

Next Post

Gempar 2 Tuhan 1 Saiton Di Indonesia

Related Posts

Arahan Menteri Haram Kemeja-T Bersih Tak Munasabah

29/08/2016
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa perintah menteri dalam negeri untuk mengharamkan penggunaan kemeja-T kuning Bersih...

Bersih 4.0: 19 Februari Untuk Keputusan Semakan Kehakiman

02/02/2016
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 19 Februari ini untuk keputusan permohonan semakan kehakiman yang difailkan...

Next Post

Gempar 2 Tuhan 1 Saiton Di Indonesia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd