• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersatu Kekalkan Keamanan, Tolak Perhimpunan Haram Bersih 4

oleh Ahmad Albab
29/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengutuk perhimpunan haram Bersih 4 di ibu negara hari ini dan esok kerana ia boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan keamanan negara, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau menyifatkan penganjur perhimpunan haram itu “kurang ajar” kerana memilih tarikh dan lokasi yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya.

“Dia pilih tarikh dan lokasi kita nak sambut ambang kemerdekaan, walaupun mereka ditawarkan tempat lain namun mereka teruskan rancangan mereka itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas di sini hari Sabtu.

Polis Diraja Malaysia pada Selasa lepas mengisytiharkan perhimpunan Bersih 4 sebagai perhimpunan haram kerana gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Bagaimanapun, penganjur perhimpunan haram itu masih ingin meneruskan program itu yang bukan sahaja menyalahi arahan pihak berkuasa malah akan mengganggu persiapan menyambut Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, Isnin ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata seluruh rakyat harus bersatu mempertahankan keamanan negara kerana apabila keadaan huru hara berlaku, ia akan mengambil masa yang panjang untuk memulihkan keamanan negara.

Beliau berkata Malaysia sebuah negara demokrasi dan mempunyai saluran tertentu untuk semua pihak menyuarakan pandangan tanpa perlu melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan keamanan. – BERNAMA

 

 

Tags: Bersih 4.0Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anonymous Malaysia Ancam Bom KL Berjaya Ditangkap!

Next Post

Tiada Laporan Aktiviti Godam Laman Sesawang Kerajaan Setakat Ini

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

Next Post

Tiada Laporan Aktiviti Godam Laman Sesawang Kerajaan Setakat Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd