• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Diramal Berlaku Tahun Ini Tetapi Normal

oleh Ahmad Albab
07/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Banjir diramal tetap berlaku di beberapa negeri termasuk di pantai timur pada akhir tahun ini tetapi tidak seburuk yang berlaku pada tahun lalu, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail.

Katanya, jabatannya akan terus memantau dan akan melaporkan data ramalan terkini kepada orang ramai agar penduduk terutama di persisiran pantai dapat bersedia menghadapi keadaan yang berlaku nanti.

“MetMalaysia akan mula memberi taklimat kepada pihak berkuasa negeri-negeri tentang perkembangan semasa cuaca, mulai Oktober supaya semua pihak mampu bersedia menghadapi ancaman bencana alam itu,” katanya kepada pemberita sempena Program Pengurusan Bencana Peringkat Komuniti Daerah Besut di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Che Gayah berkata, fenomena El-Nino yang dikesan berada di kawasan timur laut Pasifik buat masa ini berada dalam keadaan lemah yang tidak akan memungkinkan cuaca monsun timur laut ekstrim berlaku di negara ini.

Katanya, seperti pada tahun lalu, walaupun ramalan menunjukkan fenomena El-Nino kuat dijangka melanda negara tetapi sebaliknya ia tidak terjadi.

“Justeru keadaan ini tidak akan memungkinkan banjir peringkat ekstrim daripada terjadi seperti yang terjadi pada tahun lalu,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: BanjirMeteorologi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

21/12/2025
0

KENYATAAN anggota DPR Indonesia, Alex Indra Lukman, yang menegur orang ramai agar tidak mengambil kayu gelondongan sisa banjir kerana ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd