• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu, Anak Sah Warga Kita Maut Letupan Bom Di Bangkok

oleh
19/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Dua beranak iaitu ibu dan anak lelakinya disahkan sebagai rakyat Malaysia yang terbunuh dalam letupan bom terburuk yang mengegarkan ibu kota Thailand pada awal malam Isnin.

Menurut satu kenyataan media Kedutaan Besar Malaysia di sini, mayat mendiang Lim Saw Sek dan anaknya, Neoh Jai Jun kini berada di Hospital Besar Polis di Bangkok untuk proses bedah siasat.

Mereka berdua dipercayai sedang bercuti di Bangkok adalah antara lapan pelancong warga asing yang disahkan terbunuh dalam insiden letupan bom di pusat bandar raya tersebut semalam.

Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain mengesahkan setakat ini empat rakyat Malaysia terkorban manakala dua lagi cedera dan kesemua mereka datang dari keluarga yang sama.

Dalam pada itu jurucakap kedutaan berkata, dua lagi rakyat Malaysia yang mengalami kecederaan itu masih lagi menerima rawatan di sebuah hospital polis di ibu negara ‘Gajah Putih’ itu.

Dua yang cedera itu dikenali sebagai Tan Rui Hun dan Tan Kim Siok, namun tiada butiran lebih lanjut diberikan oleh pihak berkuasa tempatan sehingga kini.

Terdahulu, Polis Diraja Thailand mengesahkan bahawa angka kematian rasmi meningkat kepada 27 orang pada awal Selasa dengan 123 lagi dilaporkan mengalami cedera parah.

Dua pelancong warga Hong Kong turut disahkan antara yang terbunuh dalam insiden berhampiran kuil dewa terkenal Hindu Erawan yang terletak di kawasan utama tumpuan pelancong asing.

“Angka kematian kini meningkat kepada 21 orang. Serangan bom disasarkan kepada orang ramai kerana kuil tersebut mula sesak sekitar pukul 6 hingga 7 malam,” kata jurucakap polis, Prawut Thavornsiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bangkokletupanMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd