• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Apa Khabar Jutawan MLM, Pakai Kereta Apa Sekarang?”

oleh AK-47
03/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MLM adalah singkatan perkataan bagi Multi Level Marketing atau dalam bahasa Melayunya, skim pemasaran berbilang tingkat.

Mereka yang menyertai skim ini biasanya melalui ‘orang atas’ atau dikenali sebagai upline, dan orang bawah yang dikenali sebagai downline.

Konsep perniagaan ini biasanya mempunyai produk yang dipasarkan tetapi fokusnya lebih kepada mencari pelabur sebagai orang bawah.

Dalam kata lainnya, sumber pendapatan utama upline ialah mencari seramai downline yang mungkin untuk mengaut keuntungan.

Secara logiknya apabila sudah sampai sesuatu tahap, skim MLM akan tepu kerana tiada lagi ahli baru yang mahu menyertainya disebabkan sukar mencari downline dan syarikat terbabit akan hilang tiba-tiba bersama janji bulan dan bintang mereka.

Putus kawan, putus saudara, menjadi papa kedana malah ada sesetengah kes yang melibatkan kematian pernah dilaporkan gara-gara skim MLM ini.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook Ariff Ariffin berkongsikan pengalamannya mengenai satu skim MLM yang popular sekitar 2005, beliau meluahkan pengalamannya sepanjang mengenali beberapa kenalannya yang ingin menjadi ‘jutawan luar biasa’ ini.

Kita ikuti luahan pengalaman daripada saudara Ariff ini dan kalau boleh di akhir ayat yang dikongsikan, pastikan anda baca dengan menggunakan intonasi seperti gaya penyanyi R&B.

“Apa khabar jutawan-jutawan Luxor??!”

“LUAR BIASA BAIK!!!!”

Ya. Itu cerita tahun 2005-2006. Rupa-rupanya, Phytoscience lambat lebih kurang sepuluh tahun dalam menggunakan ayat keramat ini dalam bertanya dan menjawab khabar.

Ya. Sepuluh tahun. Patutnya gunalah lagu “Apa Khabar” yang Joe Flizzow dan SonaOne nyanyi tu. Barulah ‘up to date’ kata mat saleh. Dan “jutawan-jutawan” Luxor tu tak ada pun jadi jutawan.

Semua akhirnya melingkup. Dah masuk Kampus Gombak pun pakai motor lagi. Jutawan taik kucing!

Aku ingat lagi, punyalah ‘hip’ MLM waktu tu, terutamanya Luxor. Tiap-tiap malam Selasa ada perjumpaan kalau aku tak salah. Masa tu perjumpaan tu dibuat dekat Menara Luxor dekat PJ.

Sekarang aku pun tak tahu Menara Luxor ni masih tersergam indah ataupun dah tukar nama. Pertengahan semester pertama dekat Matrik, ramai dah kena getah. Ini semua gara-gara kena ‘brainwash’ di Menara tersebut. Semua balik ke bilik dengan semangat berkobar-kobar nak suruh kawan satu dorm masuk juga.

Semua pergi pun bukan ada ‘upline’ yang “kutip”. Tahan teksi, dan “tong” duit tambang nak sampai ke tempat tu. Upline ada Mercedes, BMW bukannya nak tolong. Ya. Kau tak payahlah menunjuk upline kau umur 24 pakai Porsche Carrera GT dengan Ferrari.

Orang lain dah pakai skil tu tahun 2005. Upline kau tu baru tingkatan dua masa tu.
Tapi mujurlah aku ni budak AED. Banyak kerja. Ya. Sudahlah aku ni pemalas nak siapkan projek, ada hati kau nak ajak aku ke tempat macam tu.

Lainlah kalau ajak aku ‘fly’ pergi 14 main snooker. Itu aku ‘on’. Aku rasa, inilah antara penyebab aku ‘extend’ pengajian aku dekat Matrik jadi dua tahun.

Masa tu yang masuk ni semua bukan ada duit pun. Dapat seribu ringgit je wang ihsan KPT setiap semester. Tapi punyalah “selenge” sampai sanggup meminjam. Ni semua pasal upline dia ajar.

Aku tahulah pasal ada brader tu ajar macam tu. “Korang dapat duit seribu kan? Ko cari kawan ko dua orang. Ko pinjam duit diorang seribu sorang. Atau ko cari 4 orang, pinjam 500 sorang. Ikut ko lah macam mana. Nanti dah masuk, ko cari downline. Dapat dua downline, ko dah boleh setel hutang.

Lepas tu, engko lah Jutawan Luxor!” Menitik air mata aku bila fikir balik apa yang dia ajar ni.
Bangang mereka yang meminjam, bangang juga mereka yang sanggup memberi pinjam. Termasuklah aku.

Sebenarnya aku beri pinjam pasal aku semak kena paksa masuk Luxor ni. Aku ingat lagi perbualan berkenaan kehidupan dan harapan tu. “Kalau ko tak nak masuk tak apa, ko bagilah aku pakai duit ko, Pet. Ayah ko kan bagi duit belanja. Nanti aku dah dapat cari ‘downline’ aku bayarlah semula. Sekejap je ni. Bakal Jutawan Luxor!! Hehe.” Kata dia sambil tersengih memujuk aku.

Nak pinjam pun janji bayar dalam masa sebulan dua. Kau tahu berapa lama aku nak dapat semula duit aku? Semester ketiga ke semester empat dekat Matrik baru aku dapat. Celaka betul. Itu pun jenuh berbuih mulut aku minta, dah serupa pengemis pun ada.

Selain Luxor, banyak juga jenama MLM ni. Ada Sureco, Uptrend, Omegatrend dan segala jenis ‘trend’ lain yang memang ‘trendy’ pada tahun-tahun tersebut.

Punyalah hebat penangan MLM. Ada putus kawan. Ada sampai bertumbuk pasal minta hutang. Ada yang buat tak tahu terus dengan hutang tu. Tapi, penghujungnya cuma satu je aku nak tanya.

“APA KHABAR JUTAWAN-JUTAWAN LUXORRRRRRRR???!!!! Dah pakai kereta jenama apa sekarang??!”-Mynewshub.cc

Sumber: Facebok Ariff Arifin

Oleh: hzq

https://www.youtube.com/watch?v=sIayu_0gVaM

Tags: facebookjutawanMLM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tindakan Ke Atas Dr Mahathir Akan Keruhkan Keadaan

Next Post

Bekas Pesuruhjaya PAS Sarawak Sertai GHB

Related Posts

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

24/05/2024
0

Ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes membidas Facebook kerana membiarkan video palsu mengenainya menjadi tular. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Satu Kematian Akibat Kes COVID-19 Baharu Di Johor

Timbalan Perdana Menteri Jadi Mangsa Sekali Lagi

25/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan akaun Facebook (FB) yang menggunakan gambar profil beliau...

Next Post

Bekas Pesuruhjaya PAS Sarawak Sertai GHB

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd