TIGA ekor anak singa kacukan yang disisihkan oleh ibu haiwan tersebut di zoo Rusia kini berada dalam ‘jagaan’ sempurna oleh seekor anjing jenis Labrador Retriever.
Anjing yang diberi nama Grona itu telah menjadi ibu susuan serta membela tiga ekor anak singa kacukan atau dipanggil sebagai liger (lion+tiger) dari Zoo Sochi.
Tiga ekor liger yang lahir awal Ogos lalu merupakan hasil kacukan daripada seekor singa jantan yang bernama Simba dengan seekor harimau betina yang dipanggil Marusya.

Menurut sumber, pihak zoo memberitahu anjing berwarna hitam itu telah menjaga serta membersihkan ketiga-tiga ekor liger tersebut seperti anaknya sendiri.
Menerusi rakaman video yang dibuat, jelas anjing itu sangat prihatin dan sayang dengan anak singa kacukan yang telah disisih serta ditinggalkan oleh ibu haiwan itu.
https://www.youtube.com/watch?t=29&v=O0akz2B-uS0
Liger merupakan spesis kucing terbesar di dunia dan ia adalah hasil kacukan yang dibuat daripada seekor singa jantan dengan seekor harimau betina. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

