• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota UMNO Perlu Akur Pada Pemimpin – Idris Haron

oleh Ahmad Albab
30/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANTING – Anggota UMNO di peringkat akar umbi diminta untuk akur dan bersatu hati bersama pemimpin serta ketua masing-masing sebagai langkah memperkuatkan jentera parti.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Idris Haron berkata langkah itu antara formula yang mampu membawa UMNO mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita mesti ada persepakatan dan permuafakatan dalam UMNO dan formula kejayaan parti adalah kita perlu akur pada pemimpin.

“Kalau itu yang ketua cakap seluruh ahli perlu ikut…kita tidak mahu ada ahli yang rosakkan atau bocorkan bahtera yang sedang belayar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sepang di sini, hari ini.

Idris yang juga Ketua Menteri Melaka turut mengingatkan anggota UMNO supaya membina sikap yang mudah disenangi rakyat bagi memastikan parti itu terus relevan.

Sementara itu, mengulas kemenangan pasukan bola sepak Melaka United yang merangkul Piala Liga FAM selepas menewaskan Perlis 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Hang Jebat, Krubong di Melaka, malam tadi, beliau berkata pihaknya sedang menimbang untuk memberi beberapa insentif kepada pasukan itu.

“Sebagai langkah pertama saya bercadang meminta pasukan buat rondaan seluruh Melaka untuk bertemu dengan peminat dan penyokong pasukan,” kata Idris yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United. – BERNAMA

Tags: Idris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Mengundi: Idris Haron Kecundang Di DUN Asahan (Tidak Rasmi)

20/11/2021
0

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron kecundang di Dewan Undangan Negeri...

Royalti Pasir Melaka: SPRM Rakam Percakapan Idris Haron

08/10/2021
0

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah merakam percakapan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengenai dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd