• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amanat Hari Kebangsaan Jawab Persoalan Rakyat

oleh Ahmad Albab
31/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Amanat Hari Kebangsaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi, sarat dengan jawapan yang selama ini menjadi persoalan di minda rakyat khususnya mengenai kemerosotan nilai ringgit dan beberapa isu lain yang sebelum ini tiada jawapan rasmi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penjelasan yang menggunakan bahasa mudah itu dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.

“Perdana Menteri merasakan bahawa semua kumpulan khalayak masyarakat harus memahami kecuali mindanya tertutup dan dihijabkan supaya tidak menerima apa sahaja perubahan dan amanah yang diberikan melainkan diri mereka sahaja yang benar,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Ketika menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini, Najib berikrar beliau dan barisan pentadbirannya tidak akan membiarkan Malaysia jatuh malah akan terus membangunkan tanah air supaya kekal makmur di persada dunia.

Turut hadir pada majlis itu, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, menteri-menteri kabinet, wakil badan bukan kerajaan, penjawat awam dan mahasiswa.

Ahmad Zahid berkata masyarakat harus berlapang dada dan membuka minda terhadap penjelasan berkenaan, dan memberi peluang kepada kerajaan untuk membuktikan komitmen dalam membangunkan negara.

“Tentunya rakyat menjadi hakim kepada mahkamah pilihan raya dan sementara pilihan raya akan datang, Perdana Menteri meminta berikan peluang kepada kerajaan yang ada untuk membuktikan pencapaian kepada akujanji yang telah dilontarkan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata jika rakyat mahukan rasionaliti dalam tindakan kerajaan, maka mereka perlu memahami hasrat kerajaan dalam memakmurkan negara dan memberi keselesaan kepada rakyat. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd