• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abby Abadi Sah Bergelar Isteri Wartawan Harakah

oleh AK-47
15/08/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENGAN sekali lafaz, pelakon dan bekas anggota kumpulan pop Elite, Abby Abadi sah bergelar isteri kepada wartawan kanan media pembangkang iaitu Harakah, Muhammad Faizal Zakaria sebentar tadi.

Pasangan ibarat merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan kira-kira pukul 3.30 petang pada Jumaat iaitu mengambil sempena keberkatan penghulu segala hari bertempat di Masjid As-Sobirin di Keramat, Kuala Lumpur.

Abby Abadi dan suami, Faizal atau mesra disapa Jai dinikahkan oleh Iman Masjid As-Sobirin, Osman Daud dan berwalikan bapa pengantin perempuan, Abdul Manan Tadin.

1 4 5

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, menerima mas kahwin sebanyak RM300, senaskhah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran, dan sembilan dulang berbalas 11 dulang barangan hantaran kepada pengantin lelaki.

Antara rakan artis yang turut hadir dalam majlis pernikahan itu adalah rakan beliau daripada kumpulan Elite, Azza dan Sasha Saidin.

Majlis resepsi pasangan ini dijangka berlangsung pada Ahad ini di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Abby mengalami dua kegagalan dalam perkahwinan sebelum ini bersama aktor kacak, Norman Hakim dan Noor Farhan Che Bakar.

Hasil perkahwinan bersama Norman, mereka dikurniakan tiga orang anak.

Jai yang juga seorang duda beranak tiga dikatakan berkenalan dengan Abby sejak tiga tahun lalu.

Sekalung tahniah dan selamat pengantin baru buat Abby Abadi dan Jai.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

Sumber: mStar Online

Tags: Abby AbadiArtis Kahwin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Langgar SOP: Norman, Abby Dikompaun RM2,000

27/05/2021
0

SHAH ALAM - Polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM2,000 masing-masing terhadap selebriti Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza kerana melanggar prosedur...

Ziarah Raya: Norman, Abby Direkod Keterangan

18/05/2021
0

AMPANG - Polis telah merekod keterangan lima individu termasuk selebriti iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi susulan dakwaan melanggar prosedur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd