• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Peratus Penumpang Kereta Pakai Tali Pinggang Keledar

oleh Ahmad Albab
30/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kesedaran mengenai pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk penumpang kereta masih rendah iaitu pada kadar tujuh hingga sembilan peratus sahaja, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Justeru, beliau berkata kementerian akan mempergiatkan kembali kempen pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang selain meningkatkan penguatkuasaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis.

“Saya harap rakyat terima nasihat kerana ia untuk kebaikan mereka sendiri, kita terpaksa kuatkuasakan.

“Saya pun tak suka mendenda rakyat tetapi kalau tiada penguatkuasaan, pematuhan undang-undang adalah sangat rendah,” katanya kepada pemberita selepas menyambut peserta Konvoi Kembara Kasih Merdeka 2015, di sini hari ini.

Liow berkata kerajaan juga akan mengambil tindakan yang lebih tegas dan efektif bagi mengurangkan kadar kemalangan.

Beliau berkata pada tahun lepas, kira-kira 180,000 kemalangan berlaku di seluruh negara melibatkan 6,674 kematian. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK DUN Balakong: MCA Yakin Dapat Undi Melayu Dan India

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR – MCA yakin parti itu tetap akan mendapat undi kaum Melayu dan India pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Mana-Mana Ahli MCA Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi

29/08/2018
0

KAJANG - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd