• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 MP BN Difitnah Bakal Sertai Pembangkang Guling Najib

oleh Ahmad Albab
19/08/2015
dalam Politik
1
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA satu negara tertumpu kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa terdapat komplot dari seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan cara mengumpulkan akuan bersumpah dari Ahli Parlimen pembangkang, tiba-tiba muncul pula cerita baru.

Menerusi portal dan media sosial, dakwaan mula dibuat dengan menuduh satu puak dalam kalangan Ahli Parlimen BN bakal turut serta bersama pihak lawan untuk menjatuhkan kerajaan. Bukan kecil-kecil angka, khabar angin tersebut turut menyenaraikan 20 Ahli Parlimen BN yang dijangka berbuat demikian.

Di bawah merupakan senarai 20 Ahli Parlimen BN yang dicanang kononnya cuba menjatuhkan Najib. (sumber portal pru14)

1) Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)
2) Datuk Seri Shafie Apdal (Semporna)
3) Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong)
4) Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Kulim)
5) Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan)
6) Khairy Jamaluddin (Rembau)
7) Hasbullah Osman (Gerik)
8) Datuk Seri G. Palanivel (Cameron Highland)
9) Datuk Razali Ibrahim (Muar)
10) Hajjah Normala Abd Samad (Pasir Gudang)
11) Datuk Othman Aziz (Jerlun)
12) Datuk Haji Abdul Rahim Bakri (Kudat)
13) Datuk Jumat Idris (Sepanggar)
14) Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau)
15) Datuk Dr Marcus Mojigoh (Putatan)
16) Datuk Dr Ewon Ebin (Ranau)
17) Datuk Raime Unggi (Tenom)
18) Datuk Nurjazlan Mohamed (Bekas ketua PAC)
19) Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar)
20) Datuk Wira Othman Abdul (Pendang)

Ketua Komplot Nak Gulingkan Kerajaan Temui PM Petang Ini

Nama Datuk Bung Moktar Raden turut menjadi mangsa apabila difitnah akan membuat undian tidak percaya kepada PM
Nama Datuk Bung Moktar Raden turut menjadi mangsa apabila difitnah akan membuat undian tidak percaya kepada PM

Tapi usah gundah, dakwaan tersebut disahkan hanya fitnah dan ia hanyalah satu percubaan murahan untuk memporak-perandakan BN. Menerusi satu kenyataan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad, beliau berkata, ia tak lebih dari sekadar fitnah!

Memetik kenyataan beliau menerusi laman rasmi majlis tersebut, “Dahulu kita digembar-gemburkan dengan cerita Ketua Pembangkang nak ambil Putrajaya melalui pelan 16 September. Kali ini cerita hampir sama ditimbulkan, sedangkan ia tidak berasas dan tidak berfaedah.”

Ujar beliau lanjut, situasi tersebut memperlihatkan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap senario semasa dalam UMNO yang dilihat seperti bergolak.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad

“Sudah masa SKMM bertindak. Isu ini bukan perkara main-main malah cuba dikaitkan media arus perdana yang dilihat seolah-olah melaporkan berita mengenai ahli-ahli parlimen BN yang terlibat dalam komplot ini.”

Lantas itu, bagi menghentikan fitnah dan mencari pihak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah tersebut, laporan polis berkaitan isu itu akan dibuat.

Sementara itu, dalam kenyataan penafian, seorang lagi mangsa yang difitnah iaitu Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman berkata, tuduhan tersebut langsung tidak masuk akal.

adun-temenggor-datuk-hasbul
Datuk Hasbullah Osman

“Semalam baru Perdana Menteri merasmikan mesyuarat UMNO bahagian saya, mustahil saya mahu menjemput beliau kalau mahu menjatuhkan beliau, orang yang buat fitnah itu pun bodoh sangat, amat bodoh.”

Bukan itu sahaja, ujar Hasbullah lagi, beliau dalam ucapannya semalam turut mengingatkan agar semua pihak menghormati institusi Presiden UMNO dan PM kerana mandat telah diberikan kepadanya untuk menjawat jawatan tersebut.

Namun demikian, buat masa ini, Hasbullah memaklumkan bahawa dia tidak akan membuat laporan polis kerana telahpun kepada pihak tertinggi.

“Tiba-tiba perkara ini keluar dan nama saya tersenarai, ini fitnah untuk menampakkan BN tidak kuat, itu sahaja, padahal kita berdiri di belakang Perdana Menteri dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan beliau malah memberi sokongan sepenuhnya.”

Noraini ahmad 333
Datuk Noraini Ahmad

Seorang lagi mangsa iaitu Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad turut menafikan spekulasi tersebut serta kecewa namanya disenaraikan.

“Sebagai Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Pengerusi MATRADE, tugas saya besar, saya bukan hanya jaga kawasan saya juga bertemu dengan ahli korporat luar negara dan mempromosikan jenama negara dan produk usahawan dalam negara, ianya amat memberi impak kepada saya.”

Bertindak untuk membersihkan namanya dari sebagai tuduhan, beliau berkata akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Dua bulan lalu, laporan dari Asian Sentinel mendakwa Najib akan digulingkan melalui undi tidak percaya di Parlimen, sebelum jawatannya sebagai Perdana Menteri diambil alih oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah manakala kedudukan Presiden UMNO bertukar kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Dana Politik – Saya Hanya Ikut Amalan Selaku Presiden Parti – Najib Razak

https://www.youtube.com/watch?v=zMvIj3muE0I

Tags: Ahli ParlimenBNNajib Tun RazakRombakan KabinetShahrir Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd