• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Wakil Malaysia Layak Ke Peringkat Separuh Akhir

oleh AK-47
05/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Dua wakil Malaysia dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2015 (PABM 2015) layak ke peringkat separuh akhir selepas berjaya melepasi peringkat saringan yang diadakan hari ini bertempat di Universiti Tenaga Nasional, Uniten.

Janise Thew Sian Lian, 23, dan Mohd Akmal Aizat Umar, 23, yang bersaing dalam kategori Alam Melayu layak ke peringkat seterusnya bersama tiga lagi peserta iaitu Muhammad Raziq Raziqin Abdullah dari Brunei Darussalam, Aji Fauziana Ridwan (Indonesia) dan Awabeen Samsuding (Thailand).

DSZ_1584
Dari kiri; Aji Fauziana Ridwan (Indonesia), Awabeen Samsuding (Thailand), Janise Thew Sian Lian (Malaysia), Mohd Akmal Aizat Umar (Malaysia) dan Muhammad Raziq Raziqin Abdullah (Brunei).

Mereka berlima berjaya menewaskan lima pesaing lain, Muhd Yadiy Mat Yassin dari Brunei, Mira Marini dari Indonesia dan dua peserta dari Singapura, Nur Afiqah Mokhtar Kamarudin dan Muhammad Faris Alfiq Mohd Afandi yang kurang bernasib baik mara ke peringkat separuh akhir yang akan berlangsung Khamis ini.

Kepetahan Peserta Papua New Guinea Tambat Hati Penonton

Sementara itu bagi kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) sebanyak 10 peserta layak ke peringkat separuh akhir sebelum berhadapan saingan peringkat akhir pada Sabtu ini.

DSZ_1544
10 peserta yang layak ke peringkat separuh akhir bagi kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM).

Tiga pelajar luar negara yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nasear Slayman, Mahmoud Abdel Fattah Ibrahim Essa dan Abdul Hamid Abdul Wahab layak ke peringkat separuh akhir bersama-sama tiga penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mashal Kasem Sulieman Aiqudah, Pan Hui dan Maher G.M Abdolrasol.

Dua wakil peserta dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Shehabaddin Galal Hael Ghilan dan Mostafa Mohammed Aluaj Ali yang menampilkan persembahan menakjubkan sepanjang peringkat saringan turut layak ke separuh akhir.

Melengkapkan lagi dua tempat ke peringkat separuh akhir adalah pelajar Universiti Malaya (UM), Liang Liang dan Waleed Basil Mohammed Ali mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM).

Peserta diadili tiga juri yang diketuai Sekretariat Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM), Dr. Mazlena Mohamad Hussain. – MYNEWSHUB.CC

Tiga juri yang diketuai Sekretariat Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM), Dr. Mazlena Mohamad Hussain.

https://www.youtube.com/watch?v=XvC8VrvkrTw&feature=youtu.be

https://www.youtube.com/watch?v=l7X3kDxBMmw

Oleh:  JULIANA JOHAR
Foto/Video:  RIZA RAZAK

Tags: pabmPABM2015
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PABM: Peserta Jepun Juarai Kategori Antarabangsa

27/07/2017
0

PUTRAJAYA - Peserta Jepun, Lisa Shimazaki menepati ramalan memenangi kategori Antarabangsa pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM)...

PABM Angkat Bahasa Melayu Bertaraf Dunia – PM

27/07/2017
0

PUTRAJAYA - Hasrat negara untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa semakin menjadi kenyataan apabila setiap tahun Pertandingan Pidato Antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd