• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Suspek Disyaki Terlibat IS Ditahan Polis

oleh Ahmad Albab
24/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan 10 warga tempatan termasuk enam anggota pasukan keselamatan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan kumpulan militan IS dalam operasi serentak di Kuala Lumpur dan lima negeri semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata operasi penangkapan itu dijalankan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Perlis.

Beliau berkata kesemua suspek itu berumur antara 24 hingga 42 tahun.

“Daripada jumlah yang ditahan itu, lapan lelaki dan dua wanita yang terdiri daripada enam anggota pasukan keselamatan, dua kakitangan kerajaan, seorang bekas pereka bentuk dalaman dan seorang guru tadika,” kata Khalid dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya mereka disyaki terlibat dalam kegiatan mempromosi ideologi IS dan mengumpul dana untuk membantu aktiviti kumpulan itu.

Khalid berkata mereka juga mengatur pemergian rakyat Malaysia untuk menyertai IS di Syria, merancang membeli senjata api bertujuan melancarkan serangan di Malaysia dan membantu penyusupan masuk suspek IS yang kembali dari Syria.

Selain itu, mereka juga merekrut rakyat negara ini untuk menyertai IS dan menyembunyikan maklumat berhubung IS di negara ini, katanya.

“Kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah BAB VIA – kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747),” katanya. – BERNAMA

Tags: Militan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd